besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, April 14, 2014

Jalan-jalan di Japanese House Bukit Tinggi

Cewaah. tadi dah teaser. Ni cerita betul. Kot boleh jadi rujukan orang lain kan. Hehehe... Weekend baru-baru ni. Mak aku ke Sabah. So, diorang singgah rumah aku dulu nak naik flight hari Sabtu di LCCT. Syok mak dapat berjalan. Aku tak sampai lagi ke sana. Ekceli. Mak pergi dengan Along dan keluarga Kak Sha.Adik aku Fatin tak dapat pergi sebab minggu exam. tapi dia ikut jugak Mak datang Bangi. So, aku boleh bawak dia jalan-jalan.

Plan nak ke Bukit Tinggi ni dah lama sebenarnya.. Since masa celebrate anniversary baru-baru ni. tapi sebab kekangan kerja Daddy,. postpone. So, masa nielah waktunya walaupun tak check in kat mana-mana hotel. Tapi sesaje nak flashback kenangan honeymoon masa mula-mula kawin dulu.

So, memang plan nak ke sini. bersama Yaya. nak cite kat Yaya Mummy daddy dulu datang honeymoon kat sini. Hehehe. now dah 5 tahun...



Harus ada buah hati pengarang jantung kami nih. Aksi dia mencuit hati foreigner yang ada kat situ. Tengoklah mimik muka dia. Adoi. Kadang-kadang berlari turun bukit kat situ. Kitorang sampai di situ kebetulan hujan. So, kena tunggu bawah bumbung kedai. Sementara tunggu kitorang membeli dulu di gerai makanan jepun.

Gerai ni jual makanan jepun. yang aku tahu takoyaki je. Yang lain nama jepun aku tak paham. Tapi ada nampak ebi tempura goreng. Sushi.

Bila hujan rintik-rintik. Kami mulakan perjalanan. Silap sebab lalu ikut bukit sebelah kiri dulu. Takde apa pun nak dilihat. Berpeluh jugak nak sampai walau cuaca sejuk.

Oh perasan tak Yaya bergambar dengan budak lelaki tu.tu anak orang Nepal. Diorang sekeluarga berjalan. nampak Yaya tersengih-sengih posing. Kagum sangat sampai suruh anak dia duk seblah Yaya untuk bergambar. Anak dara ni bukan tau takut pun. Adess...

Ni lokasi kat rumah Jepun. Yang tempat orang pakai kimono tu. kitorang tak pakai. Ramai kot duk situ. Dengan keadaan hujan. Rindu saat pakai dulu.

Miss this moment..

Budak tu cuba nak melepaskan diri. Oh tidakk..

Yaya jumpa boyfriend dalam tu. Sama-sama minat Upin Ipin. Berebut nak tengok. Nasib baik boyfriend ni mengalah. 

Tengok muka boyfriend. terkujat tengok anak dara ni mengilai tetiba. Adoi... 

Cantik kan view ni. Subhanallah. Sejuk je cuaca. 

Lupa nak share tadi. Masuk ke sini kena caj RM12 per person for adult ye. Kanak-kanak RM8.

Beria Mummy tunjuk fish kat Yaya... Budak ni kan suka fish jugak selain Upin ipin.

Bersama ahli rombongan yang lain. My BFF Wan dan kawan dia. Fatin dan Pok shu-to-be.

My happy family. Alhamdulillah.

No comments: