Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, June 21, 2013

Dah boleh jalan sepenuhnya. Alhamdulillah~~

Alhamdulillah. Pagi Jumaat ni masih boleh bernafas. Syukur Ya Allah. Aku nak share sikit perkembangan Yaya. Alhamdulillah. Di usia setahun 18 hari. Yaya dah boleh berjalan sendiri dengan izin Allah. Aku seronok sangat. Mulanya, aku tengok dia gigih sangat berjalan. mengekor Daddy sampai ke bilik air. Aku terkejut jugak boleh berjalan sejauh tu.







Tengok betapa gigihnya dia. Sebelum ni berjalan malas-malas. Pastu nak berpimpin je. Ini dah boleh lepas sepenuhnya. Seronok sangat hati ni. Mama Nor dia pun cakap kat rumah dia rajin sangat berjalan. Mama Nor nya wat tak tau je. Kalau ditegur nanti dia malu nak jalan. Kuikui...

Alhamdulillah. bersyukur dengan perkembangan Yaya. Next?? Nak dengar Yaya panggil Mummy ngan Daddy pulak. Sebelum ni kedengaran jugak panggil aku "me..me..." daddy "dedde..dedde..." sekarang kalau balik rumah mesti panggil aku "mama...." panggil daddy "papa..".

Adeh.. terikut kat rumah Mama Nor lah ni. Mesti Yaya confius kan. Lagi pulak sekarang mak angkat pak angkat makin bertambah. Nak panggil mama, papa, umi, abah, mama, abah, mummy, abi. Kesian anak aku. Takpe sayang... Belajar lagi......

Hari ni, Yaya kena tinggal dengan Daddy je kat rumah. Daddy ambik cuti sebab nak spend masa ngan dengan anak dara nya. Sebab sebelum ni Daddy banyak keje shift petang. Balik kerja anak dah tido. Bangun pagi esok kadang kena shift pagi. Kesian dia tak main dengan pengarang hati dia.

No comments: