besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, September 17, 2013

Bila Hero demam


Tengok tu. Kesian hero kesayangan aku ni. Dia demam. Muntah-muntah.. muntah??? Apakah?? ohohoh. Bukan alahan ye. Muntah akibat masuk angin tak lalu makan. kesian dia. Dia payah nak demam. Tapi kalo dah demam. .. Lambat nak sembuh. Sebab tu saya selalu doakan kesihatan yang baik untuk dia... Sedih tengok dia makan pastu muntah.. Semalam badan dia memang panas gila. Masa Ahad di Kuala Pilah dia sihat je..

Kesian Mr Daddy. Mungkin badan dia penat. Sabtu malam ada rondaan. Jam 3 pagi baru balik. Pastu Ahad ke Kuala Pilah. Sepupu aku kahwin. Layan karenah anak dara dia lagi. 


Pagi tadi lepas aku setelkan kerja kat lab terus ambik Mr daddy bawak gie klinik. Jalan pun berpapah. Sob sob sedihnya. Tak pernah Mr Daddy macam ni. Nasib baik Yaya behave je semalam. Ni dia tengah menyandar kepala pada dinding. Pening sangat katanya.

Get well soon Abang. Tak boleh betul tengok abnag sakit. Biar diri ini sakit. Jangan abang sakit. Jangan mak sakit. Jangan Yaya sakit. Tak keruan diri ini. Aku buat lawak pun dia senyum kelat je. tak dengar dia gelak. Uhuhuhu.


No comments: