besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, September 10, 2013

Lapar memanjang~~

Uwaa.. Bizi nye saya. Tapi nak jugak update blog. Banyak nak cite. Tapi satu-satu dululah... Aishh.. Saya sekarang tersangatlah kuat makan. Padahal dalam hati ni bukan main kuat azam nak kuruskan badan. Nak gebukan kulit muka. Tapiii... Takdo maknonyo. Menkedarah tak hengat. Ada je wishlist yang tekak ni kuarkan cakap nak makan. Lagi harga minyak naik lagi kuat nafsu nak makan.

Tapi Mr Daddy tak risau. Bila aku cakap nak makan itu ini. maknanye aku nak buat sendiri. Dia cuma beli barang je. Bini ni kan terlebih rajin. Sesekali merajuk je barulah terkedek-kedek si laki beli meatball Abang Burn yang gile sedap tu. Umpan bini merajuk. Kehkeh... Hari hari mau merajuklah gini.

Petang semalam Mr daddy kerja shift petang. Sampai rumah aku boleh tertido. Anak dara layan kartun. Mengekek-ngekek gelak. tengok omak nye dah khayal nak tido. Dikejut mak nye. Suruh gelak sekali...

Nielah kartun yang dia paksa aku tengok aku tuh. Mulut bising sekali. Sambil gelak sambil panggil mak mak.... Sama macam bapak nye. Layan kartun gitu. Bak kata ayahlong Yaya "Tengoklah tv Yaya. Jangan buas-buas sudah". Hehehe.

Lepas maghrib anak dara tu dah kebosanan. Mengamuk-ngamuk. Masuk buai. Terus tido. Yang omak nye pun perutnya mengamuk-ngamuk. Kelaparan. mr Daddy janji balik kerja nak beli something. Adess. Baru pukul 8 malam. Jenuh nak menunggu ke pukul 11 malam. 

Pekena ni dulu. Hahahah. Mungkir janji dengan Mr Daddy. Janji nak makan bersama-sama. Tapi kelaparan sudah.. Pukul 9 dia mai lagi dia mai lagi.. Laparr pulak..... Adeh.. Kat tekak ni teringin nak makan shushi lah, keropok lekor lah, ketupat pulut lah, sata lah, cendawan celup tepung lah.

Call Mr Daddy mintak dia turun gie mini market kat bawah opis dia. Mintak tengok kan ada cendawan tiram tak. Kalo celup tepung pun sodap kan??? Sekali Mr daddy cakap cendawan takdo. Ermm... Cari ikan selar kuning pleaseee... Celup tepung pun sodap. Tapi takdo jugak.. Yang ada ikan kembung jerr.. Bolehlah. Nak lepaskan nafsu serakah tekak ni haa... Demand betul dia. Request macam-macam. Aisshhh..

Pukul 11.30 Mr Daddy sampai. Pukul 12 siap nih. Tepung buat sendiri jer... Aish. menjadi pulak malam-malam buto ni haa... Kenyang perut. Alhamdulillah. Nasib baik tak meracau pukul 1 2 pagi cari makanan lagi. TEKAK... Behave please.

Dah dah!! Nak dekat lunch hour dah. Nak balik rumah pulak. Nak masak lagi. Nak kemas apa yang patut. Sebab takleh beria. Tukang sepah menunggu petang ni. Kehkeh.. Siap sedia dalam masa sejam. Hehehehe~~ Happy lunch hour...

No comments: