Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, January 28, 2014

Yaya femes jap!

Assalamualaikum. Sekejap je. Dah hujung Januari kan. Aku ni selallu janji mesti lupa. Banyak nak share dalam blog ni. walau takde sape yang sudi nak baca. Tapi sekurang-kurangnya Yaya besar nanti dia boleh tengok blog ni dia akan cakap "Eh. Yaya ada masa ni" atau "Adik-adik. Kakak ada masa ni tau" Hehehe. Verangan...

Tapi first of all nak share satu benda ni. BErlaku semalam. Hope jadi peringatan untuk anda mommies, aunties and sista-sista di luar sana. Berhati-hati dengan album kita, album anak dalam FB. Sigh..  Baru terjadi pada aku semalam. Ada hamba Allah telah salah gunakan gambar Yaya pergi upload kat fanpage satu kelab di FB. Dengan caption sounds like that baby is hers. Grrr...

"Tengs to mommy yang doakan saya. Inilah my princess yang D.O.B 16.01.2014 dilahirkan secara normal dengan berat 3.4kg" dan gambarnya adalah ini.


Kalo anda di tempat aku apa korang rasa?? Marah?? Yess.. Tapi aku bukan marah sampai tahap nak maki. First sekali aku nak sangat tahu siapa gerangannya?? Apa motip?? Sah-sah lah ini anak aku. tu terang-terang aku as Mummy dan Daddy dia kat belakang. Yang pegangnya pulak adalah Ummi dia a.k.a kakak ipar aku. Hangin gila Ummi dia semalam kat fanpage tu.

Dahlah lahir 2014. Heloo. Anak dara ni dah besar sekarang. Geli hati pun ada. So, untuk avoid makin berpanjangan. Aku pm pada admin fanpage tersebut. Syukur ramai sedara dan friend list menyokong dengan cara mintak admin siasat. Dan pm aku berbalas and no more gambar Yaya dalm fanpage tu.

Adess. Ketar kepala aku. pastu terus bagitahu Mr daddy. Terus ada kawan mintak aku privatekan gambar tu. So, before this aku public kan aje terus private untuk friend list sahaja. Itupun aku tau ianya berisiko jugak.

Errr.. Jangan salah paham ye. Maksud aku marah bukan perasan anak aku ni femes cam retis tu. Takkkk... Aku marah sebab first guna gambar Yaya tanpa permission. Siap captionkan anak dia lagi. Dahlah statement totally bukan pasal Yaya. Geli hati pun ada.

Second aku rasa nak marah sebab kalo tak dibendung, mungkin gambar anak-anak kita senang diperdagangkan nanti. Dunia sekarang kan. Adess.. Takut pulak rasanya. Terus terpikir macam taknak share je gambo anak. Kang kata "ala, kedekut sangat. Bukan comel pun anak ko" errkk... Cenggitu pulak pikirnya. Takpelah. Hopefully tak berlaku lagi...

 Dah besar pun anak dara saya ni....
Buah hati pengarang jantung Mummy Daddy.



 

No comments: