Assalamualaikum.. Sempena hari Jumaat yang mulia ni aku nak kongsikan sedikit ilmu yang aku dapat masa menghadiri bicara rohani di MOSTI, Putrajaya. Masa kursus ni, aku dapatlah sikit ilmu tentang sebelum perkahwinan, semasa perkahwinan dan selepas penceraian. So hari ni aku nak share tips-tips kebahagiaan rumahtangga yang disampaikan leh Ustazah Zawiyah Binti Hassan, Penceramah Bebas dan Mudhirah program Ustazah Pilihan Astro Oasis..
Ustazah Zawiyah~~ Maaflah gambar kabur, kamera cikai je. |
Ok. Ni antara tips-tips yang Ustazah beri yang sempat aku catat:
1- Bersyukur kepada Allah :- i) ada rumah tangga yang aman
ii) ada suami / isteri
iii) ada anak yang taat pada Allah
iv) rezeki yang mencukupi
v) dijauhi bala & bencana
2- Kenal pasangan :- i) kenal latar belakang pasangan dan keluarga
ii) kenal citarasa
iii) kemahiran komunikasi
3- Menyemarakkan rasa cinta/ kasih :- i) solat berjemaah
ii) makan bersama
iii) baca Al-Quran / zikir
iv) Puasa
v) Bergurau
vi) Hadir majlis ilmu (Raudhatul Jannah)
4- Saling memberi :- i) pujian
ii) ciuman
iii) senyuman
iv) hadiah
v) layanan
vi) pertolongan/kerjasama
5- Sanggup menerima dugaan :- i) dugaan satu kepastian
ii) tanda cinta Ilahi
iii) memantapkan kehidupan
6- Sanggup berkorban :- i) berkorban masa rehat
ii) berkorban wang ringgit
iii) berkorban tenaga..
Ini antara yang aku sempat lah. Apa kata kita sama-sama muhasabah diri kita dan sama-sama amalkan nya untuk terus bahagia.. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah yang buruk dari kita sendiri. Wallahuallam~~ Amin..........
No comments:
Post a Comment