besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, August 14, 2012

Kalut sokmo

~ Semalam first day aku kerja lepas bercuti. Niat di hati nak pam susu untuk Yaya walaupun Yaya dah mula campur dengan susu formula. Sebab aku tak meriah dengan susu. Niat untuk penyususan ekslusif Yaya aku gagal. Sedih. Tapi untuk anak terus membesar aku kena redha lah. Tapi yang kelakarnya semalam, dah confident bawak kotak pam susu, storage botol bagai. Cuma tanpa cooler bag sebab belum beli lagi. Hari ni cadangnya nak beli, tapi Mr J ada keje luar pulak tengahari ni. Sampai opis nak start pam, rupa-rupanya aku tertinggal corong. Vangang betul kan? Tengahari keluar ngan Mr J singgah rumah jap ambik corong. Uhuhu.

~~ Petang tu pulak, dapat mesej dari Bahiyah, member sekolah aku deal nak buke pose kat rumah kitorang. Aku mention awal-awal yang aku nak masak "spageti meatball". Kira cubaan pertama lah. Balik rumah dah 5.30 petang. Niat hati nak ambik Yaya terus. Tapi kena tunggu daddy dia pulak. Sebab aku takut nak naik. Takut bertembung ngan orang gila depan umah tu. Kalo aku sorang takpe lagi. kalo ada Yaya. aku rela tunggu Mr J. Ambik Yaya dari pengasuh bawak balik rumah. Main-main sekejap. sementara tu Mr J turun balik pergi kedai ngan bazar Ramadhan depan umah tu, susukan Yaya bagi dia tido. sangat kelam kabut bila Mr J lambat balik. Nak wat spageti meatball kan banyak benda nak dipotong dadu. Adoi. Mntak tolong dengan Mr J. Anak dara sorang tu pulak merengek takut duk sorang2. walaupun letak atas play gym dia.menangis jugak. Berlarilah si ayah nak melayan isteri dan anak. Kesian. At last, Bahiyah sampai betul-betul orang dah azan. Aku pun siap masak time tu jugak.Pastu kelam kabut nak hidang lagi. sudahnya meja penuh ngan makanan saja. belum termasuk pinggan untuk dimakan. Yang bestnya, cubaan pertama aku menjadi. Liciin... siap boleh bungkuskan untuk Bahiyah sekeluarga lagi. seronok tengok suami dan adik dia bertambah makan. Padahal suami dia bukannya kaki pedas.

~~ Sekarang kan dah bertiga. Makan dah takleh nak suap menyuap macam dulu tau. Makan sorang-sorang. Kena bergilir. Anak dara tu pulak tersangatlah pandai. time mak pak nya nak berbuka time tuelah dia bangun tidur. selama sebulan pose ni tak sampai 5 kali kitorang dapat makan bersama dan si anak dara tido atau main dengan tenang. Selebihnya makan sorang-sorang. Biasa aku bagi Mr J makan dulu. sebab dah penat masak aku tak lalu nak makan terus. aku kena rehat dulu. Lepas Mr J abis makan baru dia pass baton kat aku. Siap makan, kelam kabut kemas meja pulak sebab nak bagi turn untuk Mr J mandi sembahyang pulak. Pastu turn aku pulak, Sangat kalut kan. Tapi takpe, daddy cakap dia suke. Letih tapi seronok. Hidupnya dah lengkap.

~~ Badan aku penat dan mengantuk sangat semalam. Tido pun lambat jugak. Nasib baik Yaya tido awal. Daddy leh keluar beli barang dapur. Kebetulan ada happy hour kat Family store. Beras 10kg RM21. Dynamo 4 liter lebih tu RM18. susu pekat Marigold RM1.99. murah kan?? harus taknak tertinggal. Lepas berbuka, Mr J terus pergi pasaraya tu sorang-sorang. Nak angkat Yaya tengah tido tak tergamak rasanya. Tapi aku yang kalut nak kutip pinggan lagi, kemas atas meja makan, basuh pinggan dalam sink, nak mandi sembahyang bagai. sudahnya tido sampai tak sedar sahur pagi tadi. sempa minum air je. Sedar pun sebab Yaya bangun nak menyusu. Pukul 5.35 pagi. Takleh nak wat apa lah...


2 comments:

dd dudu said...

bahagia sgt ;) suke sukeee hehe
-xlwat yaya lg huhu-

qasehqaleef said...

nanti raya insyaAllah leh jumpe yaya. tak jumpe direct mesti selisih tgh jln. hehehe..