besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, June 2, 2011

Nak rehat...

Fuh.. Penat gila minggu ni. Takde langsung dapat rehat setenang2nya.. Cuba nak cari masa untuk berehat dengan sempurna. Siapa cakap aku MC aku boleh rehat. Tolong sikit eh, banyak benda aku kena buat. Korang ingat aku sesaja sakit. Menderita jap tau. 

Minggu ni balik mengajar pulak, nasib baik check jadual semula, kalau tak mesti terlepas jadual minggu ni. sebab aku expect next class is next week. Rupa-rupanya minggu ni. Minggu ni aku banyak miss kelas budak2 kat rumah. Banyak sangat agendanya. Nasib baik parents diorang paham. Thanx a lot. 

semalam sepupu aku datang dari terengganu. Biasalah cuti sekolah ni kan. Kak Cah, suaminya, dan 3 hero datang tido umah aku. Pada mulanya, diorang call aku tanya kat mana hotel murah2 kat KL ni. Aku pun cakap. KL ape yang murah? Datang je tido kat rumah aku. Lagi pulak, aku duk sensorang je kat rumah. inilah pentingnya menyewa sendiri tanpa ada kaitan dengan orang lain. kan? kita boleh decide sendiri. tuan rumah pun sangat baik. kepercayaan pada aku yang penting. Alhamdulillah, yang penting aku takdelah nak bawak jantan lain masuk selain tanpa suami aku. Kena bagitau jugak ni, kang ada cop aku ni `isteri derhaka' pulak. Kan?

So minggu ni kena balik. Kenduri pun banyak nak kena attend. Mengajar pun dah separuh hari. Sabtu ahad pulak tu. Tapi takpe, aku nak anak didik ku berjaya. Alhamdulillah, diorang makin serasi. tu perasaan akulah. Diorang aku tak taulah camne kan. 

Abis je minggu ni, ingat nak rehatlah. Maknanya, tak buat something tu dalam kelam kabut. Minggu depan Mr. J datang aku nak duk rehat jelah kat rumah. Tapi banyak lagi kelas budak2 tu aku tak berganti lagi . Maafkan cik Ijam. 

Dah sepupu aku datang biasalah budak2 ada. Rumah tak pernah ada budak. Sekali ada budak. Riuh rendah jugak rumah. Dah jadi macam tu, Aku jadi terpikir pulak. Susun atur dalam rumah aku ni sangat tak sesuai untuk nak ada anak. Sebab umah aku hanya pakai meja jepun digunakan sebagai meja makan.

Lebih kurang macam nielah. Ni saya google je. Maaflah pada pemilik gambar ni ye.


Bila tengok 3 hero (Naim, Adam dengan Haikal) duk berlari-lari main. Aku jadi risau. aku tak risaukan barang2 dalam rumah. risaukan diorang. Serius. Nak pecah2lah barang2. Tapi jangan budak2 tu. Barang boleh ganti, tapi anak mana boleh ganti. Walaupun dia anak sepupu aku, aku sayang diorang macam anak aku. Sebab naim tu sempat membesar depan aku masa aku study dulu duk rumah Tok Umi dia.


Hari ni diorang nak pergi zoo, napelah datang time keje. Cik Ayu nak ikut jugak. Kalau Mr. J ada boleh ajak pergi sekali. TApi time kerja, payahlah. Tadi, suami KakChah kata nak balik esok. So, leh tumpang diorang balik Kuantan. Hehehe.... leh berehat2. Takyah terkocoh-kocoh nak kejar bas bagai. Bilelah dapat berehat betul2. Cuti betul2. NAk berehat. Bersama Mr. J.

No comments: