Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, June 10, 2011

bila orang mendoakan saya....

Alhamdulillah. Allah masih lagi beri peluang untuk aku bernafas di bumi ini. ajal maut jodoh pertemuan semua di tangan Allah kan. siapa kita nak mepertikaikan kerja Allah. kita manusia ni kena banyak berdoa yang baik2 saje untuk orang. lain dan diri sendiri. tak perlu nak mendoakan yang tak baik pada orang lain. sebab tu semua melantun pada diri kita. betul tak. tak kiralah orang nak sombong ngan kita ke ape ke. lantaklah. ucapkan Alhamdulillah. hidup ni ibarat roda. kadang kita kat atas. kadang kat bawah. tapi biasanya kita kat atas sekejap je. betul tak?

semalam jiran aku, jiran kat Bukit Mahkota ni datang bertandang. sebenarnya niat awal nak ambik anak dia yang bongsu ikut anak dia yang sulung datang belajar tuisyen. dia takit anak dia buat perangai masa kat umah aku terus dia datang nak ambik. dah alang2 datang bersembanglah kitorang. antara dialog yang aku ingat.
" ijam, kalau ko dah beranak nanti, biar akak asuh anak ko"
" ijam, akak dengan anak2 selalu duk bercakap sesama kitorang. bilelah cik Ijam ni dapat anak. anak akak tu selalu doa mintak ko diberi anak"
"takpelah jam, mungkin ada hikmah tu. Allah nak menguji ko"

pernah satu ketika, aku berehat. akak ni panggil aku dari belakang.
"ijam, nama penuh ko ape yek?"
"akak nak buat solat hajat. nak mintak ko dapat anak cepat2.kesian kat ko"
ada jugak pernah akak ni bagitau aku. dia nak bagi nama aku kat surau. supaya tiap2 malam jumaat ada solat hajat beramai-ramai, orang2 tu mendoakan aku dapat zuriat. solat hajat tu sebenarnya bukan untuk aku ye. tapi disertakan nama aku sekali. terharu kan. dapat jiran caring camni. over caring pun ada. biasalah, duduk rumah flat kena ambik berat. kalau tak ambik berat banyak pulak jenayah ke maksiat ke berlaku. kan?

kan bagus semua manusia dalam dunia ni suka mendoakan begitu. ni tak. selalu nak mendoakan yang tak baik. apa hak kita sebagai hamba Allah nak doa ke orang. tak baik tau. thanx untuk akak tu dan sesiap jugak yang mendoakan kebaikan untuk aku. aku jugak akan terus mendoakan kalian. tak kisahlah yang kutuk aku gemuk ke, tak cantik ke. Allah Maha mengetahui.

No comments: