besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, June 29, 2011

Di alam fana cintamu..

Nyanyian: Di alam fana cinta.

Bila terpejam lena
Jasadku tidak berdaya
Mencari engkau di mana
Hanya dalam mimpi indah
Bila aku terjaga
Jasadku terus berdiri
Mencarimu tiada lagi
Berkubur di alam mimpi
Apakah aku yang terlupa
Antara lena dan terjaga
Di waktu malam pemisah
Yang nyata menjadi mimpi
Di sini engkau menanti
Bersama harum kasturi

Bagai mekarnya bunga cinta
Di alam nyata penuh rahsia
Pabila titisan embun pagi
Mimpi indah
Entah ke mana menghilang
Entah kenyataan
Engkau biarkan aku terbuang
Di alam fana cinta
Kau pula berdusta
Ku terpenjara aku terpenjara
Di dalam lena di dalam jaga

wah pagi-pagi lagi dah jiwang karat. bukan jiwang. tapi kan bila dengar lagu ni semacam je rasa. nak jugak tepek lirik kat sini. sebenarnya duk godek cari link lagu tu. nak tepek lagu terus kan. tapi tak dapat. aku tak pro sangat nak tambah gadget dalam blog ni. dapat taip pun dah bangga habis dah. sape-sape yang ada link atau nak ajar tepek lagu dipersilakanlah. ~~ dah boleh komen skrg kan? nak tuju lagu boleh?? ~~ JAMBU.
* aku start obses dengan lagu ni masa berhenti kat sebuah restoran kat Temerloh. Kampung ape aku pun lupa. tapi yang pasti ada petrol station (SHELL tak silap). ada satu restoran sebelah kiri dia tu. malam2 havoc kot. boleh karaoke. tapi kena bayarlah. aku pun tak tau nama kedai apa. masa berhenti tu aku mamai. Mr. J mengantuk sangat. so, dia berhenti nak pekena kopi. masa mula-mula sampai tu duk ada couple menyanyi.. bingit jugak telinga aku. minum kopi rasa kelat je. pastu datang dua brader ni. yang brader pakai cap tu memang comel gile ah. Mr. J tak marah pun aku cakap gitu. dia tau aku suka stok2 muka suci gitu. Mr. J tau aku suka je takde sampai nak wat laki pun. dah muka brder tu pun dah suci. suara mak aih. sedap gila. aku suka style dialah.. sempoi je...nyanyi part tarik2 suara takdelah samapi nak putus urat merih..tapi part paling buat aku naik bulu roma bila brader tu nyanyi...
ku terpenjara..... aku terpenjara... di dalam lena...
~lenggok dia lain macam sikit~

* pastu baru-baru ni kan ada kenduri kahwin dekat ngan flat aku duduk tu. malam-malam diorang ada anjur karaoke. ada pulak yang nyanyi lagu ni. terus obses kali kedua. Mr. J sampai je malam tu aku terus tanya Mr. J tajuk lagu tu. dengan confidentnya dia jawab "ooo.. tajuk dia ku terpenjara lah tu".. aku pun percaya je..

* dan semalam aku terus menggodek google. hanya dengan menaip "ku terpenjara" . rupa-rupanya tajuk dia Di Alam Fana Cinta. Fotograf yang nyanyi. Mr. J kata Rahim Maarof.. main-main betul dia. muka confident pulak tu.... tak rasa bersalah pun...

5 comments:

LYAfrina said...

wahhhh...
layan jiwang pagi ni yer.. mesti ingt kt mr.j ni:-)

LYAfrina said...

lya just nk bg pndapat ni...

psl komen ni, better buang word verification tu.. sbb kdg2 kalo line slow mmg xdpt nk ngomen..lg pon dh setting comment publish bila di approve kan..

tujuannya utk elak spam.. kalo dh setting komen utk publish bila approve, better x pyh buat word verify lg..

qasehqaleef said...

lya: thanx untuk pendapat tu.. hehe.. saya try

rindulah jugak kat mr. j. lambatnya jumaat ni....
rindu jugak kat suara brader karok lagu tuh.. hehe.. boleh?

aDieyZa said...

tetiba zana pulak rasa nak karaoke.. hahahaha..

qasehqaleef said...

jomkita karoke kat telinga suami msg2.. hehehe