besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, June 16, 2011

cuti...

assalmualaikum.. rasa tak bermaya sangat hari ni. semalam jiran sebelah rumah datang bercerita sekarang ada kejadian pecah rumah pakai pukau pulak kat kawasan rumah aku. adoyai... sebab baru-baru ni ada berlaku pecah rumah walaupun rumah dah dikunci grill bagai, ada orang tido kat hall pun masih tak sedar rumah dipecah masuk. cuak jugak aku.

semalaman tak dapat tido. pukul 10 malam tu dah ngantuk sangat mintak dengan anak didik nak abiskan kelas awal. tapi tak boleh tido jugak sebab masih pikir lagi. inilah kehidupan suami jauh dari isteri. yang ada kat rumah mak dara dengan anak dara je. risau jugak ni. tido semalam pun tido-tido ayam je. hari ni dah ngantuk dengan sakit-sakit badan.

tadi jumpa pegawai, nak apply cuti. " kalau cuti u ada balance lagi u applylah" cek HRMIS semula cuti ada XIV hari lagi. ini sudah bagus. ambik cutilah untuk esok. rasa penat sangat. niat di hati nak drive. semalam tertengok pulak 360 yang cite pasal misteri di Karak. adoyai.. pergi cari kes kat situ ape pasal. aku dah seram ni.. so, petang ni punch kad tepat-tepat 4.30 petang. aku nak pecut laju2 terus. harap2 sampai awal kat Kuantan. takpun lepas dari Karak sebelum senja... missed pulak final Nora Elena kan. tapi tak kisah pun.

No comments: