besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, June 29, 2011

Kebahagiaan dalam perpisahan...

petang-petang ni layan kepala otak tengah sengal. efek minum coke tadi. stress pasal My Kan lah... pi bedal Doublecheese burger. tu ubat penenang saya. hehehe...tak perlu morphin ke heroin ke.. Mcd je. hari ni rasa nak cerita pasal mak ayah aku jer. bagi aku cerita ni kelakarlah jugak. mengenangkan ke'gelabahan' ayah aku. macam comel je ayah aku.. ayah comel?? ayah kelakar. yesss... dulu aku sayang sangat kat ayah. sekarang pun sayang. tapi kalau ayah masih bersama mak aku lagi sayang. kan? rindu zaman kecik-kecik. mak selalu cakap ayah manjakan aku masa kecik. tu badan aku naik. yelah, kalau ayah balik dari laut mesti ayah nak pekena kopi kat kedai, then ajak aku. aku dah jadi terbiasa ikut ayah keluar makan malam-malam. sebab tu perangai aku masa kecik-kecik tak 'girly' sangat.

hari tu mak aku call. cerita pasal dia gurau dengan ayah. saje nak kenakan ayah. ingat tak cite pasal mak dilamar? sini

hari tu ayah datang melawat rumah mak. haruslah datang. anak-anak dia ada lagi. cucu ada. tu semua takkan putus sampai bila-bila. mereka masih lagi berkawan. Alhamdulillah.. mak saje-saje je bergurau dengan ayah.
telah diolah bahasanya:
~~~

Mak :    awak. ada orang pinang kita.
Ayah:    sape?
mak :     ketua kampung sebelah.
ayah:     terima ke?
mak  :    terima. kenapa?
ayah:     tak payahlah.. menyusahkan aje kahwin dengan orang tua tu. nanti awak kena jaga dia sakit-sakit.
mak:      eh, dia kahwin takpe. kita kawin tak boleh. mana aci. saya nak kahwin jugak.
ayah:     tak payah. dia dah tua. nanti awak dah tua anak-anak takde. saya datang jaga awak.
mak:      ish. taknaklah. kita nak suami kitalah jaga. buat apa awak..
ayah:     dia nak kahwin dengan awak sebab nak geli-geli tu.
mak:      biasalah. nama pun suami isteri.. mestilah geli-geli. awak takpe.kita tak boleh..
ayah:      tengok fatin. mak mung galok
~~~
hahaha.. macam kelakar je ayah menggelabah macam tu. ayah takut ek mak kahwin lain. pepatah ada cakap. duduk dekat bau taik. duk jauh bau bunga.  walaupun mak dengan ayah dah berpisah. masih ada gurau senda sesama diorang. tapi aku rindu zaman kecik-kecik. zaman tiada orang ketiga antara mak dengan ayah. bagi mak. cukuplah ayah pernah bergelar suami nya di hatinya. inilah orang kata kebahagiaan dalam perpisahan. aku selalu berdoa semoga mak dengan ayah bahagia dengan kehidupan masing-masing...

No comments: