besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, June 28, 2011

Hilang mood sebab My Kan..

betul-betul down... uhhh.. My Kan oh My Kan... tolong jangan buat perangai lagi ye... saya dah down sangat-sangat.. mood nak update. mood nak kerja.. semua hilang. semua pasal My Kan tau... sampai tahap tengok maharaja lawak semalam pun tak tau nak gelak part mana. sampai tahap tengok abang jijan pun rasa nak meletup nak marah. awak punya pasallah ni My Kan. saya hilang masa untuk berhibur bersama abang jijan saya tu. 

My Kan.. kembalikan semangat saya.~~~ semalam pergi amik My Kan kat klinik dia. Brader tu bagi diskaun 10 hengget je.. uhuhu.. tapi takpelah. boleh buat beli makanan bagi hilang stress. tapi serius memang aku stress sangat. penat satu hal. pikirkan My Kan lagi. tapi orang lain kalau susah hati tak lalu makan. tapi aku berganda-ganda makan. uhuhu...

tengahari dah stat makan nasi kerabu yang memang giler banyak. orang Kelantan kat area rumah yang jual. sedap jugaklah (sempat lagi promo makan~ hampeh betul). petang balik keje nampak mee goreng yang dimasak petang ahad tu untuk bekal Mr. J naik bas. ada lagi. aku tibai lagi. Lepas ambik My kan. nampak ada sardin lagi. lenyek-lenyekan dia. aku nampak ikan sardin tu dah macam MY Kan dah.. lenyek sampai lumat. mintak Bibi sapu planta kat roti. sapu sardin. makan sampai puas. tapi tak puas hati jugak.

lepas mengajar tu jemur kain siap-siap. sental dapur. lepas geram. kecik hati dengan My Kan tau... tengah-tengah kemas nampak ada roti lagi. 3 yang terakhir... sardin ada lagi.. ambik planta. terus sapu. puas hati aku. makan sampai abis. basuh apa yang patut. terus tido.... My Kan punya pasal....

Hari ni gie kerja pun slow-slow jw bawak My Kan. walaupun dah lambat keluar. takpelah. sanggup demi nak jaga My Kan. kalau My Kan buat perangai jugak tak taulah.....

No comments: