Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, June 22, 2011

JJCM di Terengganu.

ke Terengganu ni tak dirancang sebenarnya. Kebetulan parcel dari pakcik di Terengganu sampai di rumah hari Sabtu. mak cakap boleh dah nak pergi Terengganu nak setelkan permohonan bantuan yayasan Terengganu tu. tup-tup, sedara cakap terengganu cuti sempena menang bola sepak. gitulah lebih kurang. so, petang Ahad kitorang bergerak ke Terengganu. jalan slow2. bermalam di rumah sedara kat Batu Rakit. wah. Rindu sama UMT. rindu kenangan di sana..bilalah nak reunion ni...

alang-alang dah ke Terengganu ni, kami ada jugak jalan-jalan ke Pasar Batu 6.mak ofkos lah pergi Desa Murni kan. cari tudung. aku pun sambar sehelai je. pokai der.. Mr. J beli kain pelikat sehelai.. Ronda-ronda di pasar tu. cari makanlah..

 mak yang excited membeli..

 dari pintu masuk pasar.

 makanan yang dijual. 

 Rojak `kateh' (kaki lembu). 
mak cakap sedap. 

 Mr. J dah pening nak beli apa. banyak sangat yang dijual.

Kuih menganang (manis sangat)
 sate ikan. (best sangat)
dulu-dulu jual 10 sen je. 
sekarang 20sen.

yummmyy...

beransur balik dari batu 6. Singgah di Marang. Berhenti di Restoran Lempeng. dulu selalu singgah kat sini dari zaman belajar sampai sekarang.

 Lempeng kelapa yang superb.

 Kari yang pekat.

Air nira + ais krim.

No comments: