besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, June 28, 2011

musim kereta rosak @ repair kereta...

minggu ni musim kereta rosak ke? kereta-kereta sekarang mogok ke? oopppss. ni aku cite pasal keliling aku je. means orang-orang kat opis aku je.tak bermaksud nak suruh kereta orang lain rosak ye..... situasinya seperti berikut...

i-  opkos My Kan yang merajuk sampai cekit leher aku. masalah driveshaft (semalam aku tulis drainshaft ek~~ salah. driveshaft sebenarnya..) yang mencekik aku beratus-ratus hengget. i remind u My Kan ok. behave yourself ~~ ni meroyan takde anak. marah kat kereta sendiri.

ii- student praktikal kat tempat aku inform nak balik awal semalam. sebab kereta dia rosak. masalah lebih kurang denagn My Kan jugak. lagi ngeri bila absorber pecah jugak. kereta mahal dowh. lagi rabak nak kuarduit. student tu....

iii- ada penolong pegawai kat sini pun alami masalah kereta rosak. aku tahu pun sebab aku tunggu Kak Nora (kak, thanx tumpangkan orang ke opis~ budi baik akak akan dikenang jua). penolong pegawai cite kat bos kereta dia prob. takleh stat. even jumping bateri pun tak jalan jugak. sudahnya, wife dia terpaksa ambik kat pejabat.

iv  - tadi masa aku pergi opis. nak tengok surat. ternampak memo dari seorang pegawai untuk bos dia kebenaran keluar pejabat. alasan nak repair driveshaft patah jugak. eh, baru semalam sembang dengan pegawai ni pasal driveshaft My Kan patah alih-alih dia kena pulak hari ni.

mungkin semua ni kebetulan. tapi dalam masa 2 hari sekejap serentak boleh berlaku.musim ke atau kebetulan. so, korang cek-cek jugaklah kereta. kereta ni kalo merajuk abislah. tak agak-agak nak kena kuar duit. aku dah seram ngan timing belt. nak tukar sekarang memang tak mapu dah. My kan. bertahan ok.