besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, June 8, 2011

pasal anak....

tadi baru je bukak FB. chat jap dengan cousin Mr. J. tanya pasal kakak ipar dia yang baru bersalin. nak tengok gambar baby sulung merangkap cucu sulong maklong Mr J. pastu ada lagi sorang cousin Mr. J wife dia bersalin jugak. kalo tak silap beza 2 3 hari je. aku ingat nak curi je gambar baby tu tadi, tapi respect jugak pada mak ayah kang. kena maki tak pasal2 pulak. so, tak mintak izin lagi. nanti dah berjaya akan ku uploadkan. Tahniah kepada Abe Ije dan Kak noor telah dikurniakan baby boy ( Muhammad Darwisy Qoyyum ) dan abang long dengan Kak Zue yang dapat baby girl. Nama and gambar aku tak dapat cari lagi ni. tak sempat melawat lagi ni. nak amik berkat. tak lupa jugak tahniah untuk abang fairuz ( sepupu aku ) dengan kak shira dapat baby boy. Alhamdulillah, diorang dah bergelar mama dan papa sekarang. aku?

bercakap soal anak ni, kadang2 boleh jadi sensitif jugak. boleh menitiskan air mata. bila aku tengok sesape je yang dah mengandung atau dah bersalin aku teringin sangat nak macam tu.gembira sangat. tengok perut diorang tiba2 aku aku gosok perut aku sendiri. aku jadi rendah diri sangat. rendah diri ok. bukan dengki. ada orang cakap aku dengki kalau ada orang ngandung sebelum aku. Subhanallah. sape yang duduk tempat aku mungkin paham perasaan aku. sebagai perempuan, aku rendah diri sebab aku belum mampu untuk sebegitu. ramai orang kata, pengalaman mengandung ni manis yek? sampai tahap, ada kakak kat pejabat ni cakap rasa nak mengandung lagi bila tengok orang lain mengandung. orang kata jugak, mengandung ni penyakit berjangkit. lepas sorang sorang yang akan mengandung and most important thing of course lah cuti bersalin. hehehe. tapi senario kat tempat kerja aku dan tempat kerja Mr J pun jugak * mesti abang tak perasan kan? mengandung ni berjangkit2. sekarang ada pegawai aku tengah menanti kelahiran anak yang ke-4. moga bertambah rezeki  beliau. lepas ni sape pulak? 

tapi semua tu rezeki. kalau dah kahwin, kita perempuan ni jangan rasa confident menganggap anda mampu bunting pelamin. over confident ni bahaya. bila terlalu mengharap, bila keputusan negatif, diri sendiri jugak yang kecewa? betul tak? ini benar berlaku. satu lagi, pengalaman orang yang berpengalaman ni kita kena ambik kira. petua2 pun penting dan berguna.

bagi aku pulak, pada awal perkahwinan. aku taklah merancang. hanya berpegang, kalau rezeki awal aku terima, kalau rezeki belum sampai aku terima jugak. keadaan masa tu kami berjauhan. dengan banyak lagi kursus yang kami tak attend. so, kami tak pikir sangat. yang kami pikir nak bersama je, honeymoon je. suka aku nak tekankan kami tak merancang. paham kan? aku tak mengambil sebarang ubat2an untuk merancang. 

lepas 6 bulan keadaan jadi tertekan sikit, bila orang dah mula bertanya. mula-mula aku boleh bergurau lagi tapi bila dah macam2 ayat yang keluar sape boleh tahan maa...
"ayu, nape tak ngandung lagi. ooo.. jauh... patutlah. angin tersumbat" ~~~ angin tak? 
"ayu nape yang berat sangat, sedara belah sini takde yang lambat dapat anak macam mung ni" ~~ sabo2...
"ayu merancang ke?" ~~ ni sopan lagi.. macam-macam lagilah.. semuanya menguji kesabaran. tapi aku cuba jawab walaupun dalam nada agak kurang ajar.. 

susah nak jelaskan pada orang yang tak paham ni. pernah aku dikritik hebat. ada orang mempertikaikan usaha aku. " apa usaha ko nak dapat anak?" hello. takkan setiap usaha aku nak ceritakan pada semua orang. hari ni pagi tadi aku minum akar kayu. tengahari aku pergi berurut, maghrib aku mandi bunga bawah jambatan, malam hari pulak aku "tut" ngan suami. takkan nak sebut satu persatu.

be a realistik lah. Allah belum nak bagi aku rezeki anak. itu semua rezeki. segala ubat2 tu adalah usaha. usaha dan tawakal berjalan seiringan. diselangi doa yang baik dari keliling. tu yang penting. Allah taknak bagi aku mungkin ada hikmahnya. teringat kata-kata sorang akak kat sini. "mungkin Allah bagi lambat kat ijam tapi anak tuelah yang terbaik buat ijam". ni kata2 sokongan yang aku boleh terima.

keluarga pulak banyak menyokong aku. bila aku mintak airil panggil aku mummy. ummi dia setuju aku rasa seronok sangat. bila Kak Nor pun tak kisah aku bahasakan diri aku mummy pada anak dia pun aku dah appreciate sangat2.. terasa naluri keibuan menyelinap dalam hati ni. cuba belajar dari sekarang. 

keluarga belah Mr. J pulak tak pernah mempersoalkan soal anak ni. tak pernah didengar lagi soalan2 tu ditanya pada aku. tambahan pulak Mr. J anak kedua, tapi anak pertama yang kahwin. means abang dia yang sulung tak kawin lagi. ma abah tak pernah bertanya. mungkin ma penat lagi jaga budak sebab adik bongsu Mr. J pun baru je umur 4 tahun. tapi ada 2 situasi yang aku nampak ma agak excited kalau dapat cucu. 

i) masa lepas setahun kahwin , Mr J muntah2, demam dengan cirit birit. berlarutan jugaklah. masa tu aku tak rasa apa pun. Mr. J sorang2 je hadapi. Mr J cerita, ma dah sengih2. siap cakap lagi  " biasa anak sulung, ayahnya yang alahan'. aduhai. padahal aku tengah period masa tu. bawak pergi klinik. rupanya Mr. J keracunan makanan. mr J makan ais krim yang dah expired.

ii) raya tahun lepas. ketara sangat bila Along bawak mak datang beraya rumah ma abah. kebetulan giliran aku beraya umah in law. time tu airil dah besar sikit. abah ambik airil dari along. main dengan airil. abah bahasakan diri dia Tok Abah.pastu ma pulak ambik airil. pun sama. bahasakan dirinya Tok Ma. sah. aku dah paham sangat. Mr. J dah senyum2 kat aku. Masa kat rumah mak pulak, mak cakap 'mak mertua mung tu nak cucu'.
tapi diorang tak pernah pun tanya aku. tak pernah persoalkan soal anak yakni cucu dia. bersyukur sangat. 

aku adore sangat dengan akak blogger ni, 5 tahun kawin menanti zuriat. mula-mula memang usaha keras. lastly dia lekat. tapi yang magisnya, sebelum lekat ni beliau kata taklah memikirkan, seolah2 taknak berusaha dah. bukan give up, tapi taknak beriye. tapi Allah bagi jugak rezeki. itu dikatakan rezeki. mak aku pun pesan " jangan mikir sangat, rilex je.." so, aku akan cuba rilex di samping usaha yang berterusan.....Amin.

No comments: