besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, June 1, 2011

Lamaran untuk Mak..

tadi tengah2 duk saje2.. mak call.. mentang2 dapat call free hari ni, manjang call yek. tadi mak call...

mak:   ayu...............(sambil gelak2)
aku:    ape dia? (terpinga-pinga)
mak:   ada orang merisik mak... (gelak lagi)
aku:    sape???? (terkejut gile nih)
mak:   bekas tokpat kampung **** ***. 
aku:    mak terima ke?
mak:   taknaklah.

Bekas tokpat (ketua kampung) tu duda. baru kematian suami. kitorang kenal dia. tapi aku sendiri macam tak rela je nak bagi mak aku kahwin lain. dah fobia. tapi kalau dah jodoh mak. aku redha. kang kalau tak redha ramai pulak maki aku kata aku ni anak derhaka pulak kan. hehehe...

kitorang bukan menolak takdir atau jodoh Allah pada mak. tapi takut mak teraniaya lagi. takut mak bila dah kawin lain, anak2 tiri mak seksa mak. Anak tiri mak suruh mak wat macam2. Tak baik kan pikir macam tu. 

Satu lagi kalau mak kahwin, mesti susah nak ajak mak pergi situ sini lagi.. errmm.. biarlah masa yang menetukan segalanya. aku cuma nak mak bahagia.... nak mak tersenyum untuk selama2nya....

No comments: