besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, June 13, 2011

'pecah laju' yang ringkas.

anda sudah 'pecah laju'= breakfast? mestilah dah kan. nak masuk tengahari dah kan.hari ni aku 'pecah laju' free. tadi ada sensory evaluation kat tingkat atas untuk produk teh gaharu. staff diorang janjikan makanan free. aku pun apa lagi. zaman sekarang mana ada benda nak free. bukan sengkek sangat pun. tapi dah rezeki. orang ajak kan. kenalah pergi. ala, bukan susah pun. masuk partition. test satu-satu sampel gaharu. buat penilaian. 3 sampel je pun. lupe pulak nak snap tadi. siap buat penilaian. dapat makan free. kuih dengan mihun goreng. kenyang untuk hari ni. Alhamdulillah.

aku nak kongsi menu 'pecah laju' yang kitorang buat weekend baru ni.kalau ikutkan Mr. J ni bukanlah tekak roti sangat. dia kena selalu makan heavy. lauk tak kisah. bagilah telur hancur dengan kicap dia tetap makan. Mr. J tak cerewet part makan. so, ini yang direquest Mr. J.

 dan ini hasilnya. 
roti telur lemak manis untuk aku.
roti telur bawang untuk Mr. J.
kopi susu yang superb sedap made by Mr. J.


roti telur bawang.
 bahan-bahan
4 keping roti hiris
2 biji telur
2 ulas bawang bawang merah(dihiris nipis)
lada sulah secukup rasa.
marjerin untuk menggoreng.

cara-caranya:
-hiris bawang nipis-nipis.
-pecahkan telur. masukkan bawang yang dihiris nipis ke dalam telur. 
-masukkan lada sulah secukup rasa. pukul hingga sebati.
-celup roti ke dalam telur tu.
-panaskan kuali rata dan cairkan marjerin.
-goreng hingga garing roti yang telah disalut telur tadi.
siap. boleh dicicah dengan soso cili.

Kopi susu 
(ni dah biasa pada orang lain. tapi kopi ni sedap lain macam. mungkin air tangan suami tercinta)~~ wah gitu. nyampah je kan.

bahan-bahan:

2 bag kopi (aku guna kopi jenama Kopi 'o' bag)
susu (ikut suka anda, kalau nak manis tambah lagi)
air

cara-caranya:
-isi air sebanyak 3/4 periuk.
didihkan sehingga menggelgak.
-masukkan kopi bag dalam air yang mendidih tu.
-sampai betul-betul pekat.
-masukkan susu. sambil tu rasa sehingga capai kepuasan hati anda. 
(tapi aku rasa sebab kopi 'o' bag ni memang sedap kot) 
~~nanti aku snap gambar kopi ni. aku tak pernah nampak kopi ni dijual kat supermarket.


No comments: