besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, January 8, 2013

Mood risau

Sekarang hebat orang perkatakan tentang Ribut Tropika Sumano kan. Yang dikhuatiri melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Begitu jugak aku. Setiap kali aku follow berita aku jadi takut. Aku risaukan keluarga aku, saudara mara dan sahabat-sahabat serta saudara seagama kita. Takut kan kalo ada ramalan macam tu.

Semalam text kepada Kakngah (isteri Arwah abang aku) yang tinggal di Kijal. PAling merisaukan aku. Rumah keluarganya betul-betul depan pantai. kalo korang tengok cite Man Pos masuk kampung. Yang rumah Serina Redzuwan berlakon tu rumah keluarga Kakngah. Betul depan pantai.

Dan malam semalam Kakngah text diorang sekeluarga serta sekampung bersiap sedia untuk hadapi kemungkinan. Jika dilihat pada cuaca. Alhamdulillah katanya angin biasa-biasa saja. Ombak pun ketinggian biasa. Tapi bila malam hampir jam 10 malam, kakngah text lagi cakap diorang dah packing barang untuk lari kalo ada apa-apa. Aku mula risau pada anak sedara aku. Sumpah. Aku menangis. kakngah terlalu muda. Untuk membesarkan anak mereka sorang-sorang. tapi Alhamdulillah Amsyar membesar dengan baik.

Bila Kakngah text aku lagi tentang soalan Amsyar "ibu, kite nak pegi mana malam-malam ni". Jam 12 malam polis arahkan semua orang kampung lari keluar dari kawasan rumah. Terbangun aku. Menangis sorang-sorang. Niat di hati nak kejut Mr Daddy, nak ajak balik kampung. Aku jugak risau pada mak. Walaupun rumah mak agak jauh dari pantai. Tapi aku tetap tak sedap hati. Tapi tak sampai hati nak kejut jugak. Aku berdoa pada Allah. Lindungilah keluargaku. Lindungilah saudara seagamaku.

Jam 12 malam. Mereka lari ke Bandar Kemaman. Aku resah membayangkan di mana mereka tido. Lagi resah bila Kakngah tak reply text aku. Sehingga jam 6 pagi tadi Kakngah reply balik. mengatakan tiada apa-apa berlaku. Mereka pulang semula ke rumah pada jam 2 pagi. Tapi siapa yang lena tido dalam keadaan berjaga-jaga macam tu.

Alhamdulillah. Agak lega bila dengar berita pagi tadi yang mengatakan bawaan angin semakin perlahan. Syukur. Semoga tiada apa-apa yang berlaku. Semoga Allah lindungi negara kita dari bencana dan musibah. Amin~~ Wallahuallam..

2 comments:

dd dudu said...

Nak nanges juga bole? Ape kabAr isteri dan anak arwah abg emi 😥 kakngah keje ke ayu? Keje katne

joeayu said...

Alhamdulillah diorg chat2 je. Amsyar pun makin gemuk n sebijik mcm arwah emi. kakngah keje tempat lme dia kat kemaman. kalo ngenangkan amsyar sokmo kte nangis..