Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, January 15, 2013

Majlis Cukur jambul Yaya

Wah! Berkurun lama baru nak up entry pasal Majlis Cukur Jambul Yaya. Yaya dah nak masuk 8 bulan dah kot. Motip aku baru nak update? Sesaje. Kata nak tepek moment best in my life.Gitu kan???

Majlis Cukur Jambul Yaya diadakan pada 15 Julai 2012. Masa tu Yaya dah 47 hari. Rindunya pada masa berpantang. Sebab masa tuelah ramai yang jaga kita. kan?? Especially baby. Rindu masa Yaya usia hari-hari.. Sangat rindu! Beranak lagi?? Ilek dulu. Tapi kan Daddy cakap dah sedia untuk yang kedua. Kedua?? Anak lah. Bukan bini kedua okeh. Ikhlas dari hatinya. Daddy cakap kalau Allah beri rezeki lagi alangkah gembiranya dia. In sha Allah~~

Jom layan gambo masa Majlis Cukur Jambul Yaya~~

Ini buaian berendoi Yaya. Hasil kreatif my BFF...

Kumpulan Marhaban dijemput khas dari kampung Mr Daddy. Nek Ma endoikan Yaya.
Sayu tengok gambar ni. Lena je Yaya.
Terima kasih kepada keluarga, sahabat dan saudara mara yang menjayakan majlis ni.Walaupun dah lama tetap nak appreciate jugak. Syukur Alhamdulillah.

No comments: