besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, January 21, 2013

Meatball Ala IKEA

Masa mak datang hari tu, bawak mak pergi IKEA. Beli high chair untuk Yaya. Pastu teringin nak makan meatbal.. Dah nama first time datang. Meronta-ronta jugak cari mana lah cafe yang jual meatball yang orang cakap sedap sangat.Tapi sebab bukan perut aku saja yang minta diisi. Terpaksa lah makan kat cafe-cafe yang ada kat bawah. Dengan hampanya.

Bila dah pilih high chair untuk Yaya sambil grab gelas IKEA. Barulah ternampak cafe tu. Nak gie makan perut dah kenyang. Nak bungkus lah. Kata first-timer kan. So, tak tau lah kat situ tak boleh bungkus. Kesian Fatin dah beria-ia bertanya sebab nak makan. Tapi tak dapet. Dahlah orang tu jawab kasar gila. Kalo cakap elok-elok takdelah sentap melebih. Tapi takpelah bukan rezeki kami. Redha jelah

Tapi demi nak makan jugak. Aku gigih cari resepi nak buat gravy tu. Asalnya boleh guna cheezy powder je. Rupa-rupanya salah. So, dah dapat tu. Aku lupa lah link mana aku amik. Maaf sangat kalo pemiliknya aku tak mention nama.. Terima kasih sangat. Sangat appreciate.. So. Sabtu malam tu mencuba lah aku.... 

Ini lah hasilnya.

 Nak share resepi sikitlah. Takpun boleh jadikan rujukan semula nanti.

4 sudu butter
3 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar holland ~~ dipotong dadu dan digoeng layu sebentar
sebiji tomato ~ ~ dipotong dadu
4 sudu sos tomato
4 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis
150ml susu cair / susu segar
3 sudu lada hitam ~ ~ kalau mahu pedas tambah lagi
sesudu gula
cendawan butang

~ ~ Panaskan kuali. Cairkan butter. Masukkan tepung gandum dan kacau. Masukkan bawang besar holland (goreng layu dahulu). kemudian tomato. Kacau hingga mendidih. 

~ ~ Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap manis dan kacau. Tambah susu cair dan kacau lagi. Kemudian lada hitam (grinded ye) ditabur. Kacau lagi. Dan tambah gula secukup rasa.

~ ~ Bila dah masak. Blend kan sos tu. Masuk semula dalam periuk. tambah cendawan butang yang dah dihiris. ** sekiranya sos anda terlalu cair, tambahkan tepung jagung dengan suku cawan air.

2 comments:

nasha said...

aku baru nak post kat blog,ko lagi laju rupanya,haha...eh,aku blend suma skali bahan2 tu baru aku masak dgn butter,lagi senang + org pemalas punya keje,hahaha..;p

joeayu said...

hahahaha. sori... oo buat gtu plak. ce post ko punye.