besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, May 29, 2013

Jom balik kampung!

Hari ni last aku kerja untuk Mei. Esok lepas cucuk Yaya di KK Bandar Seri Putra kami akan bertolak ke Kuantan. Kami mohon cuti 2 hari sehingga Ahad. Kena balik awal untuk buat persiapan Majlis Kesyukuran merangkap Majlis Harijadi Yaya. Tak buat grand pun. Sekadar panggil jiran-jiran dan sedara mara. 

Jemput hadir ye kawan-kawan blogger sesiapa yang tinggal di Kuantan. Majlis diadakan pada 1 Jun di rumah mak aku di Kampung Peramu. Kenal kan?? Bolehlah kita mengeratkan silaturahim. In sha Allah. Kebetulan pulak tarikh 1 Jun adalah Majlis Ulangtahun Kelahiran mak aku (Puan Zaliha Alias) yang ke 51 tahun. Muda lagi kan mak saya. Alhamdulillah semoga mak diberi kekuatan. Aku, Along dan Kaksha dah plan surprise untuk Mak. Semoga mak suka dengan hadiah dari kami.

No comments: