besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, September 24, 2012

Siakap Sweet Sour

Alhamdulillah kitorang dinner ini untuk malam ni... Walaupun kelam kelibut tapi boleh lah. Untuk kenyang perut sendiri. Tak adolah spesel sangat. Ringkas sangat.. Tapi nk jugak kongsi resepi...

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap (bawal hitam pun boleh)
Tepung jagung
Garam secukup rasa

Sebiji Bawang besar Holand ( aku guna sebelah je hiris bulat-bulat)
3 ulas bawang putih.
sehiris halia
Cili kisar
Sos masam manis (Life punya)
Sos Cili
Tomato ( dipotong)
Lada benggala ( tak letak pun takpe)
Garam, gula dan perasa secukup rasa.

Cara-cara:

Ikan siakap dibelah dua (jangan sampai putus), dilumur dengan tepung jagung dan garam. Goreng hingga garing. Ketepikan.

Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga garing. Masukkan sedikit air dan masak hingga menggelegak. Tambah sos masam manis dan sos cili. Bila mendidih lagi, masukkan tomto dan lada benggala. Seterusnya, masukkan perasa-perasa. siap untuk dimakan.

No comments: