besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Sunday, September 23, 2012

21/9 ~~ Dinner @ Nandos Alamanda

Malam-malam ni rasa nak menaip pulak. Yaya pun dah tido. Badan terasa penat sebab hari ni ada wat makan-makan sikit untuk September's Ladies. Hehehe. Seronok sangat dapat kumpulkan kawan-kawan yang lahir pada bulan September. Nanti aku update lain cite tu.

Ni saje-saje nak tepek jugak gambar dinner hari tu. Mula tu Mr J janji nak ajak makan kat Secret Recipe. Aku dah terbayang-bayang Chicken Cornish.. Uhuhuh.. Sekali dan sampai Alamanda. Mr J ubah plan dia nak makan nasi. At last, pilih Nandos jugak. Kecewa?? Tak.... Sebab Nandos pun pebret aku jugak...

Kite layan gambar...

Mula-mula dia dalam mood baik punye...
Kami suka Extra Hot Peri-peri

Order whole chicken. Tamak okeh. At last makan quarter je. Balance bungkus.

Muka puas hati dah kenyang.
Tu dia!! Dia dah start ngamuk. Mummy dan daddy kena makan laju-laju. 

No comments: