besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, September 19, 2012

Alhamdulillah 26 sudah..


Fuh. Dah bersawang blog aku nih... Lama gila tak update. Maklumlah facilities kurang. Kat opis pulak cpu aku rosak. Alhamdulillah dah repair. Tapi tiba-tiba hari ni macam terbizi pulak. Tak sempat nak update blog. Minggu lepas sibuk dengn urusan pindah masuk kuarters. Alhamdulilla berkat dengan pertolongan kawan-kawan, mak, Fatin dan mok acik, Kitorang dapat jugak masuk kuarters officially Sabtu baru-baru ni.. Terima kasih sangat-sangat. hanya Allah yang mampu balas jasa kalian...



Alhamdulillah... Hari ini aku melangkah ke usia yang baru. hah!! dah 26 tahun. Cepatnya masa berlalu. rasa baru je lagi mak hantar masuk tadika. ngan rambut bertocang. sekarang dah 26 tahun? Dah kerja? Dah kahwin? Dah jadi mak?? Alhamdulillah. Semua rezeki dan nikmat dari Allah. Berkat doa kalian dan orang-orang yang menyayangi dan selalu menyokong saya dari belakang.

Terima kasih Ya Allah. Terima kasih Mak sebab bersusah payah lahirkan kita ke dunia ini dan mendidik kita menjadi manusia. terima kasih suami kerana menerima kekurangan diri ini dan menerima diri ini dengan sedanya. Terima kasih teman-teman yang sudi menyokong dan sentiasa ada bersama saya di kala susah atau senang. terima kasih semua...

Hadiah???? jeng jeng. Thanx untuk Mr J sebb hadiahkan saya sesuatu yang boleh saya teruskan aktiviti saya untuk blogging dan berFB. InsyaAllah lepas ni saya akan update selalu blog ni. hehehe.... Bak kata Mr J "Abang tau sayang suka blogging, suka FB, suka cari resepi-resepi.. Abang hadiahkan 'benda' ni sebagai tanda sokongan pada sayang".. wah,, terharu gitu.. Thanx lah daddy~~ Nangis jap~~ sob sob sob...

Oklah.. esok pulak sambung... Yaya dah selamat berdengkur dalam buai, Daddy pun dah terhangguk layan hindustan TV2... Selamat malam semua. Assalamualaikum....

2 comments:

dd dudu said...

hadiahnye broadband? betul x hehehe

ke notebook

ke ipad?

motip nak teka haha

qasehqaleef said...

betul!! pandai betul mama haris ni. tapi broadband + bnda lain lg.. hehehe.. ipad?? idok ler...