besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, October 4, 2013

Mari men"sushi"

Aku sekarang addicted gila dengan sushi. Tapi kalo beli set mesti tak cukup. Sebaaab kena share. Beli dua set pun tak cukup. Tiga pun tak cukup. Macam masuk celah gigi je Kuat betul menghadap sushi. 

Satu hari tu, ada kawan aku post dia buat sushi kat sekolah tempat dia mengajar. dia mengajar sekolah cina. aku pun ape lagi request ler. Dia pun ajak datang rumah. Kebetulan baby boy nya ada. ingat lagi tak Tariq Irsyad. Anak angkat aku tuh.  Biasa kalo hari bekerja Tariq duduk rumah Tok dia kat Kedah. Ni sementara nak raya haji dia mai duk KL pulak. Awat aku pulak duk cakap kedah.
 
Ahad lepas seperti yang dirancang.  Bertemu di Keramat. Ramai pulak berkumpul. Hehehe. Eta masak gulai lemak tetel dengan rebung. First time makan. Gambar? Tak hado. Lupa bawak kamera. Sebab otak fokus nak baut sushi je. Kehkeh..


Ni bahan-bahannya.. Bawak sikit sorang. Sebab ada yang jumpa barang tu. Ada yang tak jumpa. 

Tengok tu makcik gemuk tu gigih menggulung sushi. Sambil dibekalkan air sejag. Berbaju kurung okeh. Hahaha. Nak pergi kenduri kahwin student terus cancel sebab tuan rumah tak bagi balik. Hadoi...

Inilah hasilnya. Ni dipanggil kimbap kan?? Banyak yang hasil. Sambil makan sambil ngap. Tapi aku rasa kekurangan sesuatu. Wasabi. Yess.. Tanpa wasabi ibarat makan ayam goreng tanpa sos. Ermmmm.....

Tapi tuan rumah bekalkan nasi sushi yang berlebihan. reason?? Aku hantu sushi katenye. Tuan rumah tak makan. Dan dibekalkan jugak seaweed.


Tu diaa. 3 bungkus sekali bagi bawak balik. pakej bambbo mat lagi. Gila perli. Kebetulan pulak ada tuna mayonis. Ermm. Aku pun godek-godeklah lagi...

Hahahaha. jadi jugak sushi tuna. Memang rakus makan. Tak offer pun kat budak demuk Yaya. Kesian dia makan biskut tiger je... Taknak aku ajar dia makan benda gini. Takut tak digest betul-betul...


No comments: