besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, October 14, 2013

Selamat Hari Raya AidilAdha.

Di hari Raya terkenang daku pada si dia. Sob sob.. Uhuhu. Sedih. Berdendang perantau kejap.. Siapakah si dia itu??? Haruslah mak saya.. Rindu sangat...

Pada hari ini, di kala ini. Aku masih di opis. Hahaha. Kedekut cuti punye olang kan. Actually aku tak balik kampung for dis AidilAdha. Aku beraya di sini. Bersama Mr Daddy, yaya daaaannnnnn My mother in law dan ipar duai ku datang. Wahh.. Terasa diri disayangi. Tapi sedih jugak tak dapat beraya bersama mak aku. Redha jelah. Ada jugak yang sudi nak menemankan kami di sini.

Reason nape tak balik??? Mr daddy kerja. Kalo ada yang cakap. Alah. Amiklah cuti. Amiklah MC. Memang. Kalo niat nye memang macam tuelah. Tapi dah jadi kes menzalimi orang lain. Sebab kerja Mr Daddy adalah menjaga penagih-penagih yang nak berubah. Aidilfitri lepas officemate dah bagi peluang Mr Daddy pulun cuti raya. So, kita consider dengan orang pulaklah... Kan?? Give and take lah..

Ada pulak orang tanya aku. Lorr.. Baliklah sensorang. Naik bas ke?? Aku??? Sukee sangat nak balik. Rindu sangat kat mak... Tapi tak tergamak pulak aku nak tinggal Mr Daddy sensorang walaupun dia boleh balik malam raya. Tapii.. Pikirkan keselamatan takpelah. Aku mengalah. Mood sedih lagi.... pikir jugak 3 4 hari ni kalo tinggalkan Mr Daddy. Apelah nak dimakannye.

Dulu pernahlah tinggal dia sensorang untuk sehari. Pagi esok tu lepas abis kerja dah cabut balik ke Kuantan. Dahlah dia tak tido semalam tu.Rindu anak katenye. Kecik hati tak rindu Mummy. Hati mana tak risau nak biarkan Mr Daddy drive sensorang. Oh tidak. Inilah pengorbanan di AidilAdha. Uwaaa.. Jangan poyo..

Dah taknak menceceh lagi. Mengarut je bercakap bila lapo. Nak balik rumah jap kat sebelah opis ni. Nak makan nasi lemak air tangan mak mentua. Hehehe.

Salam AidilAdha dari kami sekeluarga.

No comments: