besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, October 1, 2013

Pizza Tuna Thousand Island

Hanya cerita hujung minggu. Hehehe. Teringin lama dah nak makan pizza. Nak ke pizza tamkut tak puas makan. At last buat sendiri. Barang dah lama pendam dalam almari. Nak ke buat jugak. Tanya pen google. Dapat resepi dari sini.


Ni sebelum dibakar. Aku pakai tudung periuk yang mak bekalkan untuk aku buat laksam. Hehehe. dapat kulit nipis sikit. Mr Daddy kurang gemar kulit tebal-tebal. So. Nak share resepi lah yek.

Untuk kulit piza:

250g tepung gandum
Air suam yang mencukupi.
1/2 paket yis kering
Gula secukup rasa. 
Garam secukup rasa.
2 sudu minyak zaitun.

Cara-cara buat kulit piza:

Ayak tepung gandum terlebih dahulu. Bancuhkan yis bersama air suam sehingga naik buihnya. Taburkan garam dan gula ke dalam tepung. 

Buatkan bulatan di tengah-tengah. Masukkan minyak zaitun. kemudian bancuhan yis tadi. Uli hingga doh betul-betul sebati. Biarkan untuk sejam hingga 2 jam. Doh akan mengembang. Tumbuk doh. Uli semula. Canaikan pada pan/tudung periuk. 


Untuk topping:

Sos pasta tradisional
Sos thousand island
Kepingan tuna dalam tin (in water/oil)
Cheddar cheese
Bawang besar. 

sapu dan tabur mengikut susunan tu. Terpulang kepada anda jika mahukan extra. Hehehe.


Kasi close up sikit. Aku buat tepun tu boleh dapat 2 bijik. Kenyang sampai malam. Hehehe. Mau tak gemuk laki bini. Makan manjang... Hehehe...





No comments: