besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, October 18, 2013

Bicara Rohani bersama Ustaz Don Daniyal

Salam Jumaat. Kejap je jumaat. Semalam tak dapat update blog. Aku ke MOSTI, Putrajaya. Menghadiri Bicara Rohani. Ustaz Don Daniyal bagi talk. Tajuknya adalah "Suci Hati, Suci Jiwa". Alhamdulillah. banyak input aku dapat. Perbetulkan mana yang salah. Buka minda pasal gerakan syiah jugak.

Comel je Ustaz Don Daniyal. Ceramah dia banyak lawak. Yess. Dia adalah ustaz yang ke dua aku suke selepas Ustaz Kazem Elias. Sebelum ni aku jarang tengok 30 minit bersama Ustaz Don. Lepas ni kena tengoklah.. Hehehe....


Cewwah. Siap bagi bukti lagi tu. Seronok menghadiri kelas-kelas agama nih. Dekat Bangi ni banyak je kelas agama diadakan di Masjid terutama masjid seksyen 9. Pastu di pusat tahfiz dekat seksyen 16 pun ada. Bersebelahan Maybank dan Pejabat Pos. Situ biasa setiap hari Sabtu. Ustaz Don pun biasa ada.

Hati ni nak sangat pergi. Tapi confirm tak dapat fokus kalo bawak Yaya. Lagi pulak Mr Daddy kan kerja Sabtu Ahad.. Kenalah berkorban. Selalu berdoa semoga diberikan kesempatan untuk menghadiri majlis-majlis ilmu. Sementara tu, grab je apa ada depan mata...

No comments: