Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, October 21, 2013

Yaya kuat makan!

Salam Isnin. Chewwaah.. Kenapelah malas sangat nak update blog ni. Padahal kan setiap moment tu snap je gambo. Sampai ke Mr daddy pun dah jangkit. Buat apa-apa je nak snap gambo. Ape je moment best. Makanan best nak amik gambo. Tapii kaann... Aku jadi alahan betul ngan pc ni. percaya tak aku taip sekarang taknak pandang skrin pun. Sakitnye mata.... bilalah boleh buat spek ni. Rabun ke silau ke??

Lately kan. Aku banyak post gambar Yaya makan. Gambo makanan Yaya. Gambar makanan mak bapak Yaya. hehehe.. Motipp?? Takde motip. Just gemor tengok my demuk tu makan. Jahat kan aku panggil Yaya demuk. Dah gemuk sungguh anak aku tu. Tapi demuk tak sama dengan gemuklah. Demuk still nampak comel-comel kan..

Back to the point. Yaya sekarang selera makan dia macam kapal laut di tengah laut. Kejap melonjak-lonjak macam orang tak cukup makan. Kejap turun macam nak suruh mak bapak dia kenyang makan kononya dia beralah. Adoi... Mak nya dah semangat masak bagai-bagai. Mood dia up and down pulak.

Tapi kalo dia dah berselera mak aih. Seram pulak aku. Tapi syukur jugak. Makanan nya tak memilih. Tak cerewet. Duduk dengan aku kerap mintak pasta. Makaroni ke spageti ke. Dengan pengasuh pandai pulak makan nasi je. Mungkin kat sana ada kawan boleh makan.

Ni dia habiskan telur puyuh. 3 cucuk dia sorang makan.

Makan makaroni cheese. Western gitu..

Ni aku buat cucur kentang + ayam.

Pebret dia keropok ikan Terengganu yang selalu dibekalkan oleh ciklong.

Tengok. Tak padan dengan kecik. Aku cabut ulas-ulasnya dia taknak. Sekali ngap terus masuk mulut..

Malam-malam hari aku masak nih. Asalnya aku yang lapo sebenarnye. Suap sikit kat dia. Wah. Laju kemain dia makan. tak sempat aku nak potong urat-urat fetucinne tu dia tarik ngan tangan je.

Muka heaven dia dapat makan. Geram aku tengok.. 2 mangkuk tu habis dimakannya.

Ni paling latest. Weekend baru ni aku masak tumis air kobis panjang, carrot, suhun, fucuk ngan telur. menambah-nambah. Paling obvious dia mintak kobis ngan carrot... Mr Daddy suka sangat anak dia suka makan sayur. Sebabnyeee... bini dia tak suka makan sayur. Babap bini dia. Aisshh.. tapi kan since ada anak yang suka makan ni. Mummy terpaksa masak sayur jugak. Kena korbankan rasa sombong pada sayur... 

Ada orang tanya aku. Camne nak didik budak ni makan sayur. Sebab anak macam fobia dengan sayur. hehehe. Apa petua nya? Seriusli, aku takde petua specifik. Cuma aku boleh akui dengan memberi puri di awal pemakanan anak-anak kot membantu. Aku tak berani nak kata ia kebenaran. Sebab baru sorang anak. Lain anak lain ragam kan. Cuma aku dapat katakan dari awal kita ajar anak makan sayur atau buah in sha Allah berlarutan. 

Aku tak berani nak komen banyak. sebab tak banyak pengalaman... Tapiii.. Ada yang tolong buat kesimpulan untuk aku ni. "ke mana tumpahnya kuah kalo tak ke nasi" exactly!! Dah mak bapak kuat makan. Anak pun tak lari lah... Takpe. Kita eksperimen lagi..

No comments: