besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, October 31, 2013

Resepi Kuih Temosa.

Assalamualaikum.. Lama sungguh tak update cite kan. Seriously sibuk. Ada masa gap setengha jam macam tak puas nak lepaskan lelah. Nak update entry. Hari ni agak free sikit. Nak share resepi sikitlah.


Ha.. Inilah temosa. Luarannya adalah kulit karipap. Tapi intinya adalah ikan dan kelapa. Kat Selangor Kl tak dapat nak cari nih. Hanya di pantai timur je boleh dapat dengan mudah. Especially, kampung aku. Hehehe. Aku memang suka sangat dengan temosa ni. Kadang-kadang tempah frozen kalo balik Kuantan untuk bawak ke Bangi.

Oh Gamabar aku nih kalo kira dipanggil Temosa Diraja. Sebaaaab ada telur.. Temosa biasa takde telur. Tapi sebab nak makan sendiri perut sendiri haruslah nak special kan. Hehehe.

Resepi TEMOSA:

Untuk Inti:

5-6 ekor ikan sardin/selayang ~~ Direbus dan ambil isinya
Santan dari sebelah kelapa.
4-5 biji bawang merah ~~ dibelah
1-2 cm halia ~~ Ditumbuk lumat.
Sedikit halba.
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara untuk inti:

- Masukkan isi ikan dari ikan yang direbus tadi dan masukkan santan sekali serta bawang merah. Blendkan semuanya.. Hingga isi ikan hancur.
- Masukkan hasil blend tadi ke dalam kuali. Bukan tumis je. Masak bagi kering je. Kacau supaya tak melekat pada kuali.
- Bila hampir kering perasakan dengan gula dan garam. Masukkan halba. 
- Kacau hingga kering lembap. Jangan terlalu kering. Kurang kick. hehehe.

Inilah gaya intinya.

Untuk Kulit.

Tepung gandum ~ Aku tak pasti sukatan sebenar. Tapi sediakan dalam kuantiti sikit dulu.
2 sudu minyak masak ~ dipanaskan terlebih dahulu
Secubit garam.
Air.

Cara-cara:

- Masukkan tepung ke dalam bekas/besen. Tambah garam. 
- Masukkan minyak masak yang dipanaskan ke dalam tepung tadi dengan hati-hati ye. 
- Kacau adunan dengan tepung dulu. Pakai senduk kayu je. Kang melecur tangan tu pulak.
- Tambah air ke dalam adunan. Barulah diuli menggunakan tangan, Uli sehingga menjadi doh.


Kalo nak buat temosa Diraja rebus telur dahulu. So. Jadilah temosa.. Nyum nyum..!!

No comments: