Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, February 7, 2014

Takde surprise ke??

Salam Jumaat. Since semalam ramai tanya aku takde surprise ke untuk besday Mr Daddy?? Bagi hadiah ape untuk Mr Daddy? Wahh. Gitu concernnya. yelah. Tahun sebelum-sebelum ni ada jugak surprise. Setakat ni takde celebration lagi. Sebab bini Mr Daddy tak sihat dan mood kat kampung lagi. Boleh alasan gitu???

Betul. Aku tengah tak sihat ni. Balik dari cuti hari tu mengadap kerja. Sampel bertingket-tingket. Lagi pulak sekarang aku kena tambah satu lagi alat untuk in charge. Mr Daddy pun tak kisah. Bukan takde surprise. Tak besday pun ada surprise. Tak gitu Daddy??

Sekarang ni batuk dan selsema melanda. Sampaikan bersin dan batuk pun aku tak boleh bezakan. Abis semua jenis air keluar. Plan weekend nielah In Sha Allah kalo diberi kekuatan. bolehlah masak special sikit untuk Mr Daddy.

Tapi kan... Semalam, Mr Daddy ada cakap "Nanti abang cuti kita gie makan kat luar yek. Abang belanja" Aikk. Besday boy pulak belanja. Pun bolehh... Tengoklah camne nanti. Tak larat sangat ni. Yelah. Balik kampung tak duduk diam. Ada kenduri pulak tu. Dah nama kenduri Takkan nak duk saje pulak kan.


No comments: