besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, February 28, 2014

Yaya di Kedai Makan Upin Ipin

Assalamualaikum.. Lama tak berblog. Adess. Seriously sibuk sangat lately.. Stress pun ada. Lama tak cite pasal anak dara sorang tu. takpelah kalo takde yang sudi nak baca. Nak abadikan. Tapi. nanti nak cite jugak pasal kimchi. Aku dah lama nak share. Tapi sebab kekangan masa tu.. Tak dapatlah...



Ok. Nak cite pasal keobsesan anak dara aku sorang ni pada kartun Upin Ipin. Mana-mana pergi nampak Upin Ipin mesti bising mulut dia "Pin pin!!" "Mama.. Pin Pin!" "Dedi. Pin Pin!!" Uwahaha.. Stress mak nok... Nampak sticker kecik pun dia kenal.. Taklah stress mana pun. Saje je nak bagi gempak.

Hari tu pernah sekali bawak Yaya pergi klinik sebab dia demam. Kebetulan selisih ngan sorang budak lelaki around 5 years old. Kepala dia memang rambut nipis-nipis je.. Terus Yaya cakap kat Daddy "Ma.. Pinpin!!" Kuat pulak tu. adess. Nasib baik adik tu berlalu je. Tak paham kot ape Yaya cakap. Aku dah gelak-gelak kat depan.

Minggu lepas ke PKNS Bangi nak cari susu Yaya di Billion. Lepas beli susu. Aku pergi kedai barang baby. Belek-belek baju untuk Yaya. Mr daddy cerita dia tengah bertarung dengan Yaya. Kisahnya Yaya nampak budak around 7-8 years old pakai baju Upin Ipin. Dia kejar budak tu sambil tunjuk gambar tu. Nasib baik bapak budak tu ok je layan.


Aduhai anak dara aku sorang ni. Macam-macam ragam. tengoklah keeksaitedan nye. Semalam, lepas opis kami cari tempat nak berbuka puasa. Keluar ke Bandar Baru Bangi baru jam 6 lebih. So, aku ajak Daddy pergi Warta jap. Ke kedai Mr DIY dan Giant. Yaya paw bola tu ha. Siap jerit kat giant lagi. "Nak ball!!" ades. Beli terus senyap. Pukul 7 gerak keluar dari Warta.


Kita ke Kedai Makan Upin Ipin. Actually, aku beli voucher dari Groupon. BAyar RM15 untuk voucher RM30. oklah kan. 50%. Semalam makan pun Daddy tambah plak around RM15.. Sesampai je depan kedai tu dah bising dia. "mammi. Pinpin!!" Sambil tunjuk gambar tu.

Dah masuk kedai Yaya jadi sedikit jakun. Hahaha. Merata-rata Upin Ipin. Mata dia asyik tengok kat cermin ada gambar Upin Ipin.


Muka obses dia.

Macam-macam soalan tanya kat Daddy
Ada ditayangkan kartun tu kat situ.
Khusyuknya dia tengok. Macam orang beshar dah.
Nasi Ayam BBQ daddy punye.
Mee Kari aku order.
So far Oklah makan kat sini. Sedap sangat hingga menjilat jari tu taklah. Tapi sebab sebagai reward untuk anakanda sorang tu sebab dia behave. Dia boleh panggil Mummy dan Daddy dengan lancar. Dan boleh bezakan sape Mummy, sape Daddy, sape Mama. Alhamdulillah.. Seronok bila tengok anak seronok.

No comments: