besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, February 12, 2014

Ketam Bertelur Masin



Alhamdulillah. Rezeki tengahari hari ni. Kebetulan Mr Daddy off kerja. Semalam dah shift malam. Masak special sikitlah. Kebetulan stok ketam yang Ayah kirim hari tu banyak lagi. Kita kasi habislah. Nanti buat drama sedih lagi ngan ayah. Untung-untung dapat lagi. Kehkeh...

Stok telur masin ada. Daun kari ada. Yess. Tak habis duit kat kedai. Jom main masak-masak.

Resipi:

Bahan-bahan
Beberapa ekor ketam ~~ depends pada stok anda
Tepung jagung
Garam
Lada sulah
Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara:

Gaulkan tepung jagung, lada sulah dan garam. Lumurkan pada ketam. Goreng sehingga masak.

Untuk sos.

Bahan:
3 biji telur masin  ~~ rebus dan hancurkan
3 sudu butter
4 ulas bawang putih  ~~ diketuk
2 tangkai daun kari ~~ nak daun saje tau. tangkai kasi buang
Cili padi ~~ dipotong nipis. terpulang ikut kepedasan masing-masing
Susu cair
Garam (jika perlu) ~~ Saya tak bubuh

Cara-cara:

Cairkan butter dalam kuali. Tumiskan bawang putih yang diketuk. Masuk cili padi yang dipotong dan daun kari. Masukkan susu cair. Kacau sebentar hingga mendidih. 
Tambahkan telur masin yang dihancurkan tadi. Perasakan dengan garam jika belum masin. Siap!


 
 


No comments: