Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, February 10, 2014

Return of Supermen

Aduhai mengantuk sungguh mata ni. Ni semua penangan Return of Supermen. Korang layan tak show tu kat channel KBS world. Salah sendirilah kan. Dia tayang petang-petang sibuk gie berjalan. Kena tengok yang malam punye show.

Ni haa show return of supermen tu. Aku amik gambar dari google. Terima kasih google.

kredit to google

Show ni pasal bapa-bapa di kalangan selebriti di Korea dan Jepun (Sunghoon) menjaga anak-anak dia sendiri tanpa isteri. Bapa-bapa diberi misi tertentulah yang ditinggalkan oleh isteri dia. Si isteri pulak pergilah nak berjalan ke mana. Atau ada kerja luar. Dalam masa 48 jam.

Ada 4 orang bapa. Sunghoon, Tablo, Hwijae dan Hyungsung. Serius comel tengok diorang ngan anak-anak masing...

Thanx to google.
Ni adalah anak-anak diorang. Yang atas tu kiri Nama nya Lee Haru anak kepada Tablo. Yang atas kanan Junu dan Junseo anak kepada HyungSung, yang bawah kiri Sarang anak kepada fighters Sunghoong. Yang bawah kanan si kembar Seouon dan Seojun anak kepada Hwijae.

Bagus tengok show ni bersama suami. Sama-sama belajar cara mendidik, emmikat hati anak-anak. Yang baik-baik sajalah kita terima. Especially untuk lelaki. Belajar menjaga anak tanpa isteri di sisi. Mr Daddy excited sangat tengok.

Paling aku dan Mr Daddy suka tengok adalah keletah Sarang dan Lee Haru. Sebab dah macam Yaya aku tengok. Dirang tu dah baya-baya Yaya dah. Keletah dia buat aku teringat kat Yaya. So, aku tahu lepas ni camne nak pikat hati Yaya. Apa aktiviti yang boleh dibuat bersama Yaya.


 Kenapa aku suka sangat kat Sarang ni. Sebab Sarang kuat makan. Sama macam Yaya. Kuat makan. Banyak scene dia lebih kepada makan je. hehehe. Comel je. Dia pun rapat dengan ayah dia. Memang salute habislah kat Sunghoon. Pandai jaga anak dia. Baru-baru ni isteri Sunghoo, Shiho model tu buat wish nak tambah baby, baby boy. Sunghoon taknak. Konon-konon dia sibuklah apelah. Tapi sebenarnya, dia sayangkan sangat kat Sarang. Dia taknak kasih sayang dia berbelah bagi. So sweet..


Ni sorang lagi. Lee Haru. Comel je. Sebenarnya dia tak suka pakai skirt. Mula-mula aku tengok awal-awal episod ingatkan lelaki. Rupa-rupanya gugurl. Suka sangat dengan ikan. Apa je dia buat mesti nak kaitkan dengan kehidupan laut.. Ni bila dia ke kelas tarian ballet. Bagus dia dengar cakap cikgu.. Apaknya Tablo pulak susah hati. Bila pergi kelas memasak. Tablo je apak yang lain sume mak. Kehkeh. Comel...

Paling comel tengok keletah si kembar Hwijae tu. Aku salute dengan diorang ni. Walau selebriti makanan anak adalah dititkberatkan. Contoh pada kembar Hwijae. Makanan diberikan adalah masakan sendiri. bukan nestum. Bukan dibeli segera. Sanggup masak bubur sendiri. Yang bagusnya Hwijae sendiri terdidik serve anak dia camtu. Walau tanpa isteri, anak kembar pulak tu.. Dia mampu masak untuk kembarnya. Semalam, Hwijae siap marah mak dia lagi sebab suap anaknya makan mashed potato. Yelah. Dah ada butter. Bergaram. Tak elok unuk baby kan.

Tapi kagum pulak aku dengan diorang ni. Memang diorang takde pembantu rumah ke. Ke dalam show ni je tak tunjuk. Hehehe. Kalo betul takde memang aku kagumlah.



No comments: