besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, February 11, 2014

Nasi Mandy Kebab Daging untuk Daddy

Hari tu kononnya nak buat surprise. Tapi otak ni malas nak pikir banyak. Tanya kat Mr Daddy nak makan apa special-special tak. Mr Daddy jawab terasa nak makan NAsi Arab Kebab daginglah. Aku pun apa lagi. Cek barang. Ok complete. Boleh buat.

Masuk ni dah 2 kali aku buat. First time buat Mr Daddy cakap lepas ni takyah pergi Mr Bariyani Kabab dah. Ala. Yang kat Putrajaya tu. Dia cakap yang ni dah terbaik dah. Kenyang. Boleh makan banyak-banyak.

Nasi Mandy Kebab Daging.
Macam tak clear je gambar kan. Mr daddy lah ni snap. Lepas solat Subuh aku masak ni. Dengan bantuan Mr Daddy Alhamdulillah. kenyang sampai petang.

Kebab daging.
Sos cili superb.

Acar salata.

No comments: