Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, September 5, 2014

Toyibban Sushi, Bangi Gateway

Aku baru mencuba makan di cafe ni. Orang lain mungkin dah lama kot. Aku je baru nak excited tak tertahan nak share. Takpe. Kalo benda sedap aku share. Hehehe..


Cafe ni terletak di Tingkat 2 Bangi Gateway. Muslim malaysia yang jual dan buat. Jangan risau. Nama pun toyyiban kan. Aku dan Mr Daddy suka sangat feel-feel korean. (mata ke atas, tangan di bahu). Sang isteri dah lama mengidam nak makan situ. Masa puasa baru perasan cafe ni makin banyak ekrusi mejanya. Ajak pergi masa Syawal. Mr Daddy kerja. Ganti tempat orang. So, diberi kesempatan jugak merasa.


Ini antara sebahagian yang kami order. Ada lagi sushi yang belum sampai. Tapi dek kerana Mr daddy tak tertahan dengan ramen korea tu. Aku snap dulu. Hahaha. Ramen @ rameyon tu oklah. macam megi kita juga. Cuma payah sikit noodles dia nak putus macam megi kita yang cepat kembang dan putus tu. Mr Daddy suka sangat. Asik terliur tengok Si Yoo Jae Suk duk makan dalam Running Man. Yang aksesori pun banyak.

Aku order lebih kepada sushi dan takoyaki. Sedap jugak. Sama macam sushi king jugak. Harga dia sangat affordable. Makan bagai-bagai ni baru RM21. Kimchi sepinggan tu caj RM2. Daddy said "Uih.. Sama macam mummy buat. Pas ni mummy buat sendiri jelah" kembang sat.. Nak resepi kimchi kat SINI ye..... Teh hijau dikira berapa cawan yang minum. RM 1 secawan. Walau seorang tetap diberi satu jag. Tapi kira cawan sahaja. Contohnya. Aku dan Mr Daddy 2 orang means 2 cawan. Air sejag. Untung tuh... So, recommend lah untuk yang nak makan suka-suka...

No comments: