besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, August 7, 2014

Al-Fatihah Untuk Ayah Wan

Assalamualaikum.

5 Ogos 2014 bersamaan 9 Syawal 1435H. Salam Takkziah untuk sahabat saya sekeluarga atas kehilangan Ayahanda tercinta. Wan Mohamed Shah bin Wan Ramlee, berusia 58 tahun. Meninggal dunia dalam satu kemalangan yang berlaku di Jalan Tanjung Lumpur-Peramu. Allahyarham yang memandu bas Kolej Ikip dalam perjalanan menuju ke Kolej Ikip untuk mengambil pelajar dan bawa balik ke asrama. Didapati semasa memandu bas, pintu bas sebelah driver yang rosak tiba-tiba terbuka. Dikatakan Allahyarham cuba untuk menutup pintu iu, tetapi menyebabkan Allahyarham jatuh ke bawah, atas jalan. Bas yang bergerak tanpa pemandu itu menggilis Allahyarham dan terus terbabas ke deretan kedai tepi jalan. Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian.

Allahurabbi. Berat dugaan untuk sahabat saya ini. Di kala itu Allahyarham sedang berpuasa sunat enam syawal. Allahyarham sangat baik, suka bergurau senda dengan sesiapa sahaja. Allahyarham ayah yang penyayang. itu memang aku akui.

Paling mebuatkan aku terkesan dengan pemergian Allahyarham. Pada Ahad sebelum kejadian, Sahabat ini mengajak keluarga termasuk Ayah nya ke rumah aku di Jalan Dengkil untuk beraya. Masa tu yaya seronok sangat duk panggil Atuk pada Allahyarham. Masa nak balik pun Yaya nak ikut balik. Tak cukup itu. Allahyarha dah gerak balik ke Kuantan. yaya mintak sahabat saya call Atuk. Beria bercakap dengan atuk nya. Allahuakbar. Saat ni aku menangis lagi.

Inilah wajah ceria Allahyarham. Seriously, arwah baik orangnye.
Gurau senda dia buat orang tak kekok nak bersembang
Nasihat nya bersama senyumannya memang takkan hilang.
Bersahaja je nasihat dia..
Orang yang rajin ke surau. even datang bermalam di rumah aku semalaman je. Nak mencari surau untuk solat berjemaah.

Allahuakbar. Tabahkan hati sahabat dan keluarganya menempuh dugaan ini. Kehilangan mengejut bagi kita semua. 


Sahabat saya dan Allahyarham Ayahandanya yang tercinta. Semoga tabah wahai sahabat. Allah Maha Mengetahui. Al-Fatihah untuk Wan Mohamed Syah Bin Wan Ramlee. Semoga Syurga untuk Ayah Wan... Amiinnn~~

*** Mohon pada yang ada terjumpa atau tersebar gambar Allahyarham yang berkeadaan menyayat hati. Mohon padam gambar itu. pikirkan perasaan anak-anak dan isteri Allahyarham. Allahyarham orang yang baik. Tiada dosa dengan anda. Terima kasih.

2 comments:

LYAfrina said...

Al-fatihah..
Semoga roh arwah dcucuri rahmat..amin

joeayu said...

Amiiinn~~~