Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, April 7, 2011

Dialog "Teknologi Nuklear Pemacu Wawasan" di RTM1.

Assalamualaikum dan selamat paggi semua...

Dah lama tak berblog. Alah. Kalau ko berblog ada orang kisah. Tak pun kan? hehehe. Tapi takpe, aku tetap nak berblog jugak. nanti nak suruh anak cucu baca.. Kadang-kadang aku terpikir jugak. Apa tujuan aku berblog? Nak tulis sepanjang akitiviti menjadi suami isteri? Seminggu sekali baru ada aktiviti. Itupun kalau ada aktiviti. Rasanya banyak rehat je kat rumah. Kalau balik kampung aku sangat sibuk dan letih. Kalau orang lain, seronok cerita pasal anak2. Balik kerja temgok anak. Aku ni suami jauh di mata, anak tak tau bila menjelma. So, tak bleh nak aktif blog sangat. Kalau Mr. J dah pindah sini mungkin meningkat sikit keaktifan. Kalau ada baby lagi aktif. InsyaAllah.

So, untuk taknak membiarkan blog ni bersawang. Aku nak jugaklah bercerita. Walaupun tau takde sape pun yang berminat kan. Hehehe...

Semalam, 6 April. Ada rancangan Dialog di Tv1. Memandangkan isu teknologi nuklear hangat diperkatakan sekarang ditambah pula dengan insiden kemalangan nuklear di Jepun. Ketua Pengarah aku berdialog di RTm bersama seorang Pensyarah dari UKM. Hangat jugaklah. Tiba-tiba ada rasa bangga jugaklah sebab aku salah seorang staff kat Agensi Nuklear Malaysia walaupun kakitangan sokongan. Sekurang2nya aku celik jugaklah.

Tapi agak geram jugak dengan statement beberapa orang pengkritik melalui facebook semalam. Cuba bayangkan, ada seorang akak tu mencabar Ketua Pengarah saya supaya buat construction nuklear belakang rumah Ketua Pengarah saya. Bayangkan.. Sakit hati tak dengar? Hilang akal ke ape? atau bahasa kasarnya. Cakap tu pakai otak ke? Pikirlah kak oi. Sebab tu Agensi Nuklear Malaysia ditubuhkan di tempat yang proper. Satu lagi silap pemahaman orang kita yang tak tau kewujudan Nuklear di Malaysia ni, diorang berpikir agensi ni buat bom. OMG. Bukan buat bom cik oi. Kami buat penyelidikan.

Ada yang cadangkan, suruh cari alternatif lain selain nuklear suruh tutup Nuklear Malaysia. masya-Allah.. Bercakap pakai otak tak abang oi. Kalau akak-akak abang-abang takut sangat radioaktif. Abang2 akak2 takyah pergi hospital nak scan ke atau nak jalankan radioterapi. Mana semua tu? mana source semua tu. Siapa yang provide semua tu? 

Sebab tu orang2 tua berpesan, kalau nak bercakap dengan lantang, biar penuh di dada. Cakap pung pang pung pang tak guna kak oi. Macam tin kosong. memekak je lebih. Isi hampeh.. Sedih dah ni. Taknak komen lagi... uhuhu.. sob.. sob...

Maaflah kalau terlanjur kata. Cuma terkilan dengan statement orang yang tak berpikir ke hadapan.  


No comments: