Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, April 11, 2011

Trilogi Cinta dah tamat.

Assalamualaikum.. morning semua... Wah hari ni sangat segar pulak rasanya. Nape eh? Padahal tak cukup tido pun.. Uhuhu.. Sebenarnya happy sebab semalam drama Trilogi Cinta dah abis. Ending was expected. Sebab dah baca novel dia. Tapi sebelum tu ada jugak terpikir kot-kot ada perubahan ending kan. Puas hati. Lepas ni kalau mengajar takde dah nak jeling2 kat tv. Hehehe. Sampai anak didik aku si Khalisa pun terikut2 tengok citer tu.

Semalam Lepas hantar Mr. J ke LRT Sg. Besi, sedih siot hantar. nasib baik ada Bibi, tahan macho sikit. Lepas salam apa semua terus taknak pandang Mr. J. Uwaa.. Takut nak ikut balik Kuantan jugak. wah.. Bilalah nak dapat bersama ni. Tapi sebelum Mr. J balik sempat jugak aku kenakan Mr. J

Perbualan suami isteri:
Mrs J: Nasib baik abang naik bas pukul 9. Sempat jugak tengok Trilogi Cinta. Last pulak tu.
Mr. J: oo.. Sampai hati. Suka ek abang balik awal? pentingkan drama tu lagi.. OO... gitu ek..

Mr J merajuk.. Tapi dah ok sekarang. sekejap je. Dia tau isteri dia hanya bergurau. Hehe.. Lambatnya jumaat. Tengok Trilogi Cinta semalam buat aku rindu meluap2 pada Mr. J. Uwaaa.. Nape ek???

No comments: