Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, April 12, 2011

Alhamdulillah.....

Alhamdulillah... Tadi kalut2 sangat nak bukak blog dah ada prob. cuba2 jugak tanya pada orang2 yang berpengalaman. tapi dalam hati janganlah kena buat dua kali kerja, lab work kat lab menunggu. Kertas budak2 lagi nak kena sedia skema jawapan ni, kain tak abis jahit lagi, adoyai. Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan satu persatu. yang penting niat. Poyo je pagi2 ni..

Masalah aku list blog aku yang hilang tadi dah setel. Setelah banyak kali mencuba. Akhirnya dia muncul kembali. Kalau tak rabaklah mata aku nak kena bukak cari satu persatu blog orang. Rugilah banyak resepi2.. Uhuhuhu... Jap ek. Give me 15 minutes. nak run sampel jap....

Ok dah siap satu sampel. Rest for 15 minutes. Tengah2 run sampel tadi, En. Rosli senior kat sini inform kat aku yang salah sorang LA macam aku jugak sama batch aku accident semalam. Sekarang ada kat hospital Serdang. Agak terkejut jugak. Sebab pagi tadi lepas hantar Bibi masuk Genom Malaysia, nak patah balik kat opis, kena Q untuk masuk simpang tiga nak ke Dengkil. Tiba-tiba teringat zaman mula2 keje dulu. Takde transport, tumpang2 orang camtulah. So, aku pernahlah tumpang si Hasnul ni. Aku akui dia pro jugak bawak kereta walaupun laju. Kalau saat kat simpang tiga tu sangatlah menggerunkan aku. sebab dia dengan beraninya potong Q orang tu satu hal. Dia mecelah saat kereta dari arah bertentangan tu betul2 dah dekat tapi dia belok jugak. Aku ngan Madam F menjerit takyah cakaplah. Tiap2 pagi benda sama akan berulang. Baru je teringat tadi. Tiba2 pulak ada berita tak best. harap2 Hasnul cepat sembuh. Hasnul kan kuat. InsyaAllah ada kelapangan and dah tau maklumat wad dia, kitorang akan melawat. Kalau Mr. J ada, nak jugak ajak dia. Sebab Hasnul ni antara orang yang berjasa jugak dengan aku. Dia banyak tolong aku dari segi kereta. Maklumlah, laki duk jauh..

Ok. Selama beberapa jam biarkan dashboard ni on je. Aku ngan beberapa orang staff kat sini pergi melawat Hasnul tadi di Hospital Serdang. Rupa2nya bukan accident motor atau kereta. Alkisahnya, Hasnul and the gang petgi ke Port Dickson. Picnic kot. Pas2 beliau main banana boat (ala, bot pisang tu). Kan main bot tu ada kena terjun2. Masa terjun tu tulang tengkuk dia terkehel. Esoknya bengkak. Pergi klinik terus kena transfer ke Hospital Serdang. Means bahaya jugaklah. Tapi tadi macam orang tak sakit je lagaknya. Macho je. Tunangnya dah bengkak mata menangis. Aku dapat rasa ketidaktenteraman hati beliau. kalau aku pun sama. uhuhu....... So, semoga Hasnul cepat sembuh dari sakitnya itu. Amin~~.


No comments: