Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, April 8, 2011

"Rajuk Jiwa Menanti Permata" dalam Semanis Kurma di TV9.

Assalamualaikum dan Salam Jumaat untuk sume. Alhamdulillah hari ni Allah uji aku lagi dengan tak sihat. Aku demam lagi. Selsema dan batuk. Ni mungkin berjangkit dengan Mr. J. Ni jugak nikmat untuk menghapus dosa2 kecil. kan? Aku bersyukur sekurang2nya aku masih diberi sehari lagi untuk menikmati hidup di dunia. Tiba2 poyo pulak pagi ni kan.

Ok. Straight forward pada tajuk entry hari ni. "Rajuk jiwa menanti permata". Semalam tengah2 syok tengok hindustan kat channel 108. Hum Saath saath hain yang dah ke berapa ratus kali aku tengok aku pun tak tau. Tiba2 rasa gatal gatal tangan nak tukar channel lain. Tup2 terbukak channel 119. Kebetulan rancangan Semanis Kurma. Ala, Pengacara Ustazah Siti Norbahiyah dan suami beliau tu. Tajuk malam tadi, "Rajuk Jiwa Menanti Permata". Dang.. Tepat dengan aku... aku pun teruskan tengok rancangan tu.

Tetamu semalam. Sharifah Shahora dan Puan Suzanna iaitu seorang Kaunselor Perkahwinan. Rupa2nya Sharifah Shahora dah berkahwin selama 2 tahun 6 bulan. Aku pulak dah 2 tahun 1 bulan (esok ye). Sharifah Shahora bercerita pengalamannya menunggu kelahiran cahaya mata. Macam aku jugak. Tapi dia sangat stress sebab suami dia sangat sibuk dengan kerjaya yang melimpah ruah selepas berkahwin. Tapi aku sangat suka komen dari Puan Suzanna yang sangat supportive. Beliau cakap;
" Kita ni kalau dah kahwin bila bercakap soal rezeki tak semestinya rezeki anak, ia mungkin rezeki dari segi kerjaya, dari segi kewangan. Allah Maha Mengetahui. Dia uji kita. Dia nak dengar doa kita selalu. Setiap kali kita berdoa tu, setiap itulah tambah pahala. Jadi, jangan sedih. Jangan stress. Allah dah janjikan rezeki untuk kita semua."

Alhamdulillah. Hati aku terubat dengan kata2 Puan Suzanna tu. Sharifah Shahora pun nampak tenang dengar komen dari Puan Suzanna dan Ustazah Nor bahiyah. Aku harap orang yang sekapal dengan aku pun juga tenang dengan nasihat. Diorangjugak ada bagi petua dan doa.
                            Surah Ali-imran : Ayat ke 27  dan 28
                            Doa Nabi Zakaria.
InsyaAllah kami cuba amalkan. Apa yang dibincangkan semalam adalah pandangan masyarakat. Memang betul. Aku akui. Sebenarnya suami isteri takde masalah pun kalau lambat sikit rezeki anak. tapi masyarakat sekeliling. Aku bersyukur sebab Mr. J sangat supportive bila masuk bab anak ni. Mr. J sangat cool bila aku suruh dia jugak pergi check. Alhamdulillah. Kami berdua takde masalah. Mungkin rezeki. Mak sangat menyokong. Tiap kali berdoa mak selalu berdoa semoga kami diberi zuriat. adik beradik aku sangat supportive. Pantang dengar apa saje petua atau ubat2 untuk dapat anak. Mereka sudi perkenalkan pada aku. Aku bersyukur adik beradik aku yang lain tak lokek untuk bagi aku menumpang kasih pada anak2 diorang. Pada Amsyar, pada Airil aku mencurah kasih. Time kasih anak2 Mummy.

Kawan2 jugak ramai yang memberi sokongan. Macam2 petua diorang bagi. Mana ada tempat urut yang ada berkesan mereka syorkan untuk aku urut jugak. Terima kasih kawan2. aku terharu sangat2. Tapi mungkin belum rezeki kami lagi. Hanya Allah yang Mengetahui. Mungkin baby aku nak babah dia ada sekali kot saat aku mengandungkan anak kami. Anak mummy nak babah ye. Anak mummy taknak mummy sakit sorang2 ye. Anak babah ni.... Setiap kali aku berpikir soal anak, kata2 nielah yang buat aku jadi kuat.. Alhamdulillah. Aku jadi tenang. Lantaklah kalau orang nak kata aku gila ke apa ke. Allah je yang tahu apa ada dalam hati kami.

Kadang2 stress tiap kali balik kampung di Terengganu. Stress bila orang dah mula bertanya. Orang dah mula cakap macam2.
"Cik Ayu bila nak ngandung?"
"Berat sangat Cik Ayu sampai sekarang tak dapat anak. Abang2 ada anak. Cik Ayu takde lagi:
Tapi aku bersyukur tiap kali ada suara2 macam tu mesti mak aku back up aku. ayat mak mesti keluar jugak.
"Belum rezeki, nak bagi honeymoon puas-puas dulu". Terima kasih mak. Kita sayang mak.

Macam ustazah dan Puan Suzanna cakap semalam, sepatutnya orang sekeliling kena paham, kena bagi semangat. Bukan kami taknak anak. Tapi belum rezeki kami lagi.

Aku berdoa semoga Allah tunjukkan laluan yang benar kepada kami, tetapkan iman kami, kuatkan semangat kami. Amin~~

Permata hati mummy.

Amanah dari Allah untuk kami.

Semoga kami terus bahagia...Amin.


No comments: