Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, April 26, 2011

Salam perkenalan....

Assalamualaikum.. salam perkenalan untuk semua yang sudi baca blog yang serba kekurangan ni.. Camne nak mulakan ek? fuh.. nervous.. nervous.. namaku Ayu (panggilan manja gitu), kawan2 panggil Ijam ataupun Ejam.. terpulanglah nak panggil ape ye puan-puan.. alah.. padahal bukannya baru first time ada blog.. uhuhu.. tapi dulu macam tak best je dipengaruhi pulak anasir2 yg menambahkan keserabutan otak.. uhuhu~~~

Sebelum ni aku suka baca blog2 orang lain.. especially blog2 yg ada resepi2, blog kawan2, sedara mara. satu lagi aku suka baca blog ibu2 yg selalu cite keletah2 anak masing2... sebab ape ye? sebab aku rindukn suara budak2...~yoyo je.. sedih sikit...

Maaflah kalau blog ni membosankan. sebab aku ni budak baru belajar.... tapi akan ku cuba menjadikan ia menarik.. kalau ada yang sudi nak ajar nyiru tapak tangan ku tadahkan...

Sebenarnya dah lama nak wat blog ni.. tapi keadaan tak mengizinkan kerana facilities agak kurang.. Kerja aku pun tak memerlukan aku di depan pc.. so tiba2 aku akan jadi buta IT.. tapi bila baca blog orang lain aku jadi excited nak bercerita itu ini.. sebab aku sangat suka bercakap.. tak kire ape aku akan bercakap... Kadang2 aku juga perlukan teguran orang lain untuk memajukan diri aku dalam bidang bercakap ni...

So aku perkenalkan diriku sebagai Ayu.. aku bekerja di makmal Agensi Nuklear Malaysia, Bangi tuh.. Aku akan menghadapi masalah bila ada orang tanya kerja kat mana. Bila aku jawab Nuklear Malaysia, mesti akan ada yang cakap 'Fuh.. wat bom ek?'.. Apa nak buat? Bukan salah mereka pun kan? So aku menjawab di sini Agensi Nuklear Malaysia ni menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menjana inovasi di negara dan dunia...~ntah betul ke tak.. tapi lebih kuranglah... Oleh itu, Nuklear Malaysia ni hanya ada satu sahaja tempatnya iaitu di Bangi, Selangor...

Sebab itu juga aku terpaksa berjauhan dengan suami tercinta yang bekerja di Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Pekan, Pahang. ~~uh sesungguhnya Perkahwinan jarak jauh (PJJ) ni menyedihkan.. hampir masuk 2 tahun aku berkahwin dengan Joe kitorang berjauhan.. Tu belum masuk 4 tahun masa bercinta aku kat Terengganu sebab belajar di UMT.. Campur pulak pendam perasaan 2 tahun masa zaman sekolah2 dlu.. uhuhu ~~mampus aku mak aku tau ni.. hahah  Sedih kan? Tapi aku kena kuat untuk menghadapi hidup ini.. Mungkin ni ujian Allah. Mungkin ada hikmah untuk hari mendatang... InsyaAllah...

Mesti akan ada yang akan tanya kenape nama blog ni QasehQaleef kan.. hehe.. sebenarnya aku dengan suami aku berangan kalau diizinkan Allah diberi rezeki untuk kami ada anak, kami nak namakan anak kami dengan pangkal Qaleef kalau baby boy, Qaseh kalau baby girl.. Tapi Allah Maha Mengetahui.. Dia lebih tahu segalanya.. Tapi cukup sekadar aku abadikan cita2 kami untuk blog ni.. mungkin bila dah tua2 ni anak2 kitorang *insyaAllah.. baca blog ni diorang akan menghargai kitorang kot.. insyaAllah.. Ish.. Taknak sedih....

Mungkin tu je kot apa yang boleh ditulis untuk permulaan ni.. insyaAllah aku akan cuba tulis post yang best2 lagi lepas ni...

No comments: