besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, July 23, 2013

Ramdhan oh Ramadhan

Assalamualikum. Salam Ramadhan. 14 Ramadhan dah hari ni. Sekejap je masa berlalu. Lama tak update blog nih. Serously sibuk. kalo ada masa pun aku akan lepaskan hajat aku ke tempat lain. Blog pun tak sempat nak bukak. Sempat blogwalking je. padahal banyak je benda nak dicerita. Alasan cliche kan. Tapi seriously sibuk..

Ramainye update status juadah berbuka. Aku cuma berkesempatan upload dalam FB je. Sebab cepat sikit. Hehehe.. Nak tayang jugaklah. Kot boleh bagi idea pada orang lain. hehehe.

Salad sayuran + popcorn chicken

Kuey teow goreng + Buah melaka (onde-onde) + soya

Mandy chicken rice + salsa

Popia basah + Tortila wrap + Agar-agar oreo

Tauhu sumbat dan sos kacang

Talam berlauk dan puteri mandi

Mee hailam

Somtam
Selama Ramadhan kali ini, tak pernah lagi aku jejakkan kaki ke bazaar. Kagum tak?? Hehehe. puas hati bila semua juadah dimasak sendiri. Walaupun bekerja. Walaupun bersesak dalam jem padahal rumah dekat. Tapi kena bergegas ambik anak dara kat rumah mama nya.

Lagi 14 hari nak raya kan. Persiapan camne?? Hehehe. Pentingkan persiapan raya pulak. Puasa cukup ke? Tarawih sempurna ke? Adoi. berat nak jawab tu.

No comments: