besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, July 11, 2013

Anak sedara baru..

Alhamdulillah. Baru berkesempatan nak update blog.. Padahal dah berzaman anak sedara baru ni keluar. hehehe. Maaflah. Mummy sibuk lah anak. Tak sempat nak upload gambar awok...


Alhamdulillah. bertambah ahli keluarga belah Mr Daddy. Bertambah cucu Ma (MIL). Dapat cucu girl lagi. Anak kepada adik perempuan Mr Daddy. Lahir 1 Julai 2013 seberat 2.65 kg. 11 Julai baru nak upload. Ape daa Mummy. Uhuhu. Mummy okeh. Bukan Makngah. Hahaha. Janggal je nak panggil makngah or what so ever. Sebab anak-anak aku yang lain panggil Mummy. uhuhu.

Baby ni diberi nama Nor Alisha Dayana. Betul kot ejaan namanya. Sebab uminya sebut. tak eja satu-satu. Hehe. Panggilnya Shasha.

Bertambah seronoklah Ma ada dua cucu. Yaya ada. Shasha ada. Pasni YobYob pulak. Ke boboiboy. Hehehe. Gurau je. Kita hanya merancang kan. Tapi sedih.. Lagi-lagi bulan Ramadhan ni. Rindu kat arwah abah (FIL). kalo arwah abah ada mesti abah paling happy. Sebab abah sayang budak-budak.. Rindu sangat kat abah. Rindu masakan abah. Rindu kat gurau senda kat abah. Walau aku hanya menantu. Aku hanya sempat menagih kasih abah hanya beberapa tahun. Cukup untuk aku sayang abah macam ayah aku sendiri. Sebab arwah abah orang yang baik. Suka menolong orang.

Semoga arwah abah tenang di sana. Al-Fatihah untuk Abah. Semoga Abah ditempatkan di kalangan orang beriman. Kali kedua berpuasa tanpa abah.  Sedih...

No comments: