besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, October 11, 2011

8 minggu....

Alhamdulillah dah 8 minggu.. means 2 bulanlah kan.... sekejap je kan. sebenarnya hati tetap masih risau...rasa takut.. rasa macam takut nak mengharap. Alhamdulillah setakat ni belum ada masalah. dan juga berharap tiada masalah. mengharapkan segalanya berjalan lancar...doakan saya ye kawan-kawan...

dah 8 minggu aku tak mampu nak telan susu lagi. walaupun susu coklat.. bukan mengada-ngada tau. tapi tekak ni memang takleh terima. belum sempat minum lagi bau je dah menolak. kesian Mr J. semangat dah buat. pujuk2. last2 ke sinki jugak susu tu. tapi langkah alternatif. aku kena minum susu jugak. aku minum susu HL. alhamdulillah. boleh telan. tapi ada orang kata tak sesuai. ye ke? kalo sape2 ada info bagitau ye.... sebab kalo tak silap susu HL pun ada Vitamin B bagai. ada asid folik....


sekarang aku dah stat bawak bekal buah-buah ke opis. ari tu bawak jambu. bawak penuh. balik dah separuh. at last Mr J jugak yang abiskan. semalam bawak oren. petang tu muntah balik. hari ni bawak buah delima. akak kat opis ni bagitau buah delima baik untuk kulit anak. aku pun cubalah mengenangkan kulit sendiri tak lah cantik. nak anak cantik kena makan. boleh? hehe.. ada kena lempang jugak kang....

pagi tadi kan bangun tido. pening sangat. semalam balik keje pun pening. mintak Mr J urutkan. sekali muntah. uwahaha.. bila dah muntah tu start mengada-ngadalah. nak makan tu nak makan ni. uhuhu. kesian Mr J kena siapkan breakfast pagi tadi..lebiu lah abang..... 

tapi kan pagi tadi Mr J pakai baju kemeja dia. ketat sangat.. adoi. sebelum ni baju tu ok je... ni dah bambam tau kat perut dia. boolat pulak tu..... risau pulak aku. kang dah sampai bulan sama tinggi pulak perut aku ngan dia. hehehe. time sibuk nak shopping baju si kecik. kang kena shopping baju dia sekali. uhuhu~~~

4 comments:

Mrs Azhar said...

hye.. senyum je sy baca entry ni.. kandungan kita sama, dh masuk 8 mggu.. =) sy pun sblm ni xde muntah2 teruk, just slalu pening n loya. tp masuk je 8 mggu ni terus start muntah teruk. pe2 pun, take care n enjoy ur pregnancy moment. =)

dd dudu said...

hehe MR J sangat baikk ahhhh

suke2
hik2

Anonymous said...

Salam kak,

Tahniah kerana dah berjaya pregnant :) Semoga segalanya dalam lindungan Allah swt.

Akak, since akak dah berjaya ni, cuba kongsi petua yang akak amalkan. Nak juge dengar cerita.

T.kasih.
Silent reader~

qasehqaleef said...

{mrs azhar} hehe.... tahniah jugak untuk awak.. jgn2 nanti masuk labour room sme2. hehe. insyaAllah..... awak juga. take care..

{dd dudu} kesian dia asik kena buli sokmo...

{silent reader} terima kasih kerana sudi baca blog tak seberapa ni.. insyaAllah nanti akak cite pahit jerihnya. tapi semua kuasa Allah....