besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, October 24, 2011

hampir 10 minggu..

setelah berminggu tak taip entry.. hari ni dah menggeletis balik nak taip blog. hehehe.. bukan apa. 2 minggu sebelum ni mood turun naiklah... taip sikit je pening kepala. baru nak excited taip wek-wek dah. oohh.. sekarang dah berani wek-wek kat opis.... bukan tak segan tapi tak tertahan. sampai tahap minggu lepas aku terpaksa ambik MC. sebab dah biasa bangun pagi2 amik masa lama dalam bilik air. asal nak amik wudhu' dia stat muntah2. takpe2.. ni pengalaman kan?

minggu lepas pergi klinik sebab Klinik Syifa suruh datang untuk scan. nak tengok ukuran bayi katanya. 9minggu. scan. Alhamdulillah. nampak budak tecit ni. papa to be dah senyum-senyum. kembang hidungnya ketara.. tapi kan doktor kat Klinik Syifa tu baik sangat. spoting gile. siap tunggu papa to be berlari-lari ke kereta nak amik buku merah....siap tunggu papa to be lagi baru scan mummy kan. dia kata tengok anak kamu bergerak-gerak. Mr J kan duk mencari-cari macamana dikatakan bergerak... comel je muka dia... Doktor cakap "Alhamdulillah anak kamu hidup, sihat. sekarang dia masih ketulan daging dan darah ye. roh dia belum ditiupkan. insyaAllah segalanya dipermudahkan.. kita sama-sama berdoa.... "
wah.. terharu jap.rasa nak feeling-feeling nangis gitu. tapi kan bila keluar je dari klinik tu Mr J tanya kata aku.
Mr. J :"sayang nampak ke anak kita gerak. kenapa abang tak nampak?"
aku: "nampak. dia gerak macam golek-golek je. takkan tak nampak?"
Mr J: "lor.. yang golek-golek tu abang nampak. ingatkan bila doktor cakap gerak-gerak tu macam melantun toing-toing je dalam kantung dia..." (sengih tanpa rasa bersalah...)

kalut betul papa to be ni...... hehehe..... rambut Mr J panjang lagi. tapi tak sempat nak botakkan lagi....

thanx pada my BFF yang datang rumah weekend baru-baru ni. semua kehendak aku diturutkan.... masa ni lah nak demand-demand.... contohnya.... "Bi... nak makan asam pedas ikan merahlah. nanti kita beli ikan merah. Bibi masak ye..." Bibi pun jawab " Ok jam.. nanti bibi masak ek...."
"Kadilah.. rasa nak makan dominos lah..." " petang ni kita beli dominos ok.." tu jawapan kadilah....
"wan. bestnya dapat minum air oren" 5 minit lagi siap datang air oren. terharu gila ada kawan-kawan yang gila caring. alasan diorang ibu mengandung. thanx semua......hehehe......

6 comments:

Anonymous said...

hai.. sy daisy.. sy silent reader.. 1st time komen.. hehe.. sy nk tny, awak dah 10 minggu, perut dah nampak x? sy skrg 7 minggu, tp perut still kempis..

qasehqaleef said...

hai daisy.. thanx sudi baca blog saya.. perut? hehehe... awak.. perut saya mmg gemuk. bukan stkat 10 minggu nmpk perut.. masa tak mengandung pun mmg nampak perut.. hehe.. cuma boleh beza perut keras sikit.. banyak baju takleh pakai dah...

Anonymous said...

oo yeke? sy risau jugak, kdg2 fikir betul ke ada baby dalam ni sbb sy ni kurus keding, perut mmg xde.. risau jugak takut x cukup makan.. hehe..

Noli said...

salam..tahniah yer..jg dri ibu ngn bby tau.. ;)

qasehqaleef said...

{daisy}
jgn pikir mcm tu. kata org anak pertama mmg susah nak nmpak perut...sy pun krg arif.. tapi sme2lah kite berdoa ye... semoga rezeki kita pjg....

{noli} terima kasih......=)

Anonymous said...

hehe.. tu la, sy ade jugak baca anak 1st x brp nmpk sgt perut.. tp sy lately ni x blh bau makanan la, loya gila.. awak buat mcm mana dgn alahan ni? sy x lalu mkn, tapi risau si kecik kat dlm ni.. tlg sy pls!

-daisy-