Alhamdulillah hari ni dah masuk 15 hari kita berpuasa. semoga hari2 seterusnya dipermudahkan segala urusan dan diberi keberkatan sempena Ramdhan bulan yang barakah ni... tajuk entry ni merujuk kepada apa yang berlaku di sekeliling aku. Alhamdulillah. berita yang aku terima semuanya baik-baik dan menggembirakan hati. walaupun hanya berlaku pada orang lain.
i- Sabtu lepas sepupu aku belah ayah dah selamat melahirkan anak sulungnya. baby girl. tahniah kak Nira dan TK. aku tanya apa nama baby tu. TK jawab " Tuan-tuan dan puan-puan". perli betul si TK ni. yelah sebab TK tu bermaksud Tuan Khairul. so, automatik anaknya diberi nama Tuan kan... kelakar betul TK ni..
ii- Pagi tadi datang opis. baca FB kawan baik kat opis ni. dah melangsungkan perkahwinan bulan Disember lepas. Alhamdulillah rezeki beliau dan suami sebab Ema dah buat upt 3 kali 2 line. sah mengandunglah kan? tahniah. aku tumpang gembira sangat... tahniah buat mereka..
iii- pagi tadi jugak sambil-sambil sembang aku ada bertana pasal pegawai aku, Kak Norzita. dah pun selamat melahirkan anak ke 4 mereka pada hari Jumaat. dapat 2 pasang anak. hehe.. Tahniah jugak..... perasan tak. acam berjangkit kan. lepas Kak Norzi bersalin. Ema pulak dapat berita gembira. semuanya dah tertulis oleh Maha Pencipta dengan cantik sekali...
iv- Kakitangan awam opkoslah hepi hari ni sebab bonus dah masuk. Alhamdulillah. tak banyak aku dapat katakan pasal bonus ni. sebab dah tau ke mana perginya. tapi bersyukur jugak. dapatlah membantu. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment