Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, April 1, 2013

No April Fool!

Dah masuk 1 April ek? Alhamdulillah. Dipanjangkan umur oleh Allah untuk menjalani kehidupan sebagai hambaNya. Dah nak masuk suku ke 2 tahun 2013. Semoga hari mendatang dihadapi dengan penuh barakah.Biasanya bulan April ni orang kaitkan dengan April Fool kan. Tapi dah keluar statement haram ek April fool. Bagus jugak. Kalo tak ramai mati sakit jantung. Hehehe..

Dulu-dulu zaman jahil ( zaman belajar-belajar) Pernah aku kenakan orang pada April Fool. tapi aku lupa pernah kena atau tak. Hehehe. yang pernah jadi mangsa aku adalah Along dan Mak... HEhehe.. Tak pasal-pasal diorang jadi mangsa.

Kisah Along kena masa tu aku kat Matrikulasi dalam tahun 2004/2005. Zaman tu dah start famous trend caller ringtone. Aku pun SMS Along " Along. Cube call aku. Dengar caller ringtone aku best giler". Along pun call lah. 3 kali jugaklah. Kali ketiga aku jawab. Along tanya "Mana lagunye?" Aku soal balik "Mung dengar camne?" Along jawab " Tut tut tut.." Aku jawab " Itulah caller ringtone aku" sambil gelak jahat. Apa lagi kena maki lah dengan Along. Hahahaha. Dapat adik otak biol. Nasiblah Along..

Pastu kisah mak pulak terjadi masa aku semester ke 2 di UMT. Masa aku daftar diri UMT dulu nama asalnya KUSTEM ( Koleh Universiti Sains Teknologi Malaysia). Pastu dinaiktaraf menjadi Universiti Malaysia Terengganu. Masa tengah labwork. Tunggu demo datang. Aku sesaje SMS mak. Bunyi sms tu gini " Mak. Kita mintak maaf. Kita dah berhenti belajar kat KUSTEM". Tapi takde respon. Demo pun masuk. Tak lama kemudian. Ada call masuk. Nombor kawan mak ( Mak Cik Ba). Aku jawablah.

Cik Ba : Achik. Achik kat mana ni?
Aku:    : Kat kampus. Kenapa?
Cik Ba : Achik ada masalah ke? Kenapa tiba-tiba berhenti belajar tak bincang?
Aku dah agak dah. Mesti mak mengadu punya ni. Dah terbayang mak mesti gelabah gila. Aku gelak giler..

Cik Ba : Kalo achik ada masalah ce cite ke Cik Ba. CIk Ba leh tolong Cik Ba tolong.
Aku     : Cik Ba.... Kan KUSTEM tukar nama ke UMT. Betullah berhenti belajar KUSTEM    masuk UMT. Kita saje je nak April Fool kan mak. 

Menjerit orang tua tu wei. Lepas tutup call Mak Cik Ba. Aku dapat SMS. Dari Mr Daddy (masa tu boyfriend lagi) Bunyi SMS. "Kenapa berhenti belajar. Mak call tadi menggeletar nak marah"

Adoi. Bikin kecohlah. Niat nak kenakan mak aku dah libatkan semua orang. Habis je labwork. Aku call Mak. Explain semula. Yelah. Mau tak terkejut. Takde angin takde ribut. Anak nak berhenti belajar. Mak mana yang tak risau kan? Lepas tu aku serik dah kenakan mak aku gitu. Sekarang pun buat surprise pun lite-lite je... So. Jangan April Fool kan orang yek...

Credit to google

1 comment:

LYAfrina said...

hihi..kesian kat mak.mesti risau sgt dia time tu kan.. tp itulah, niat kt saja je nak main2 kan. xpasal2 jd serius kan..