Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, March 31, 2016

Short Vacation: The Kabin, Jeram

Assalamualaikum....

Aku baru balikd ari cuti 2 hari. Sesaje lah cuti. Mr Daddy ajak bercuti. Sebab nak balas dendam tak dapat pergi Pulau Tioman hari tu. nak pergi semula Tioman pikir cuaca panas sangat nanti legam pulak we olls. hehehe. Mr daddy tanya ada tak mana-mana tempat yang boleh relaks-relaks je. Ada kolam untuk Yaya mandi. Aku pun teringat Puan Irine Nadia ada review pasal The Kabin ni. Aku search google semula and baca review dari blogger-blogger lain.

aku suggest kat Mr daddy. Tengok rate harga. Dia setuju. Paling best The Kabin boleh book by WhatsApp apps je. Senang. tak payah call. Plan Asal nak pergi hari Ahad. tapi fully booked. Yang available pun 29 Mac je untuk bilik durban (1 queen bed).



 Ni bilik kitorang. Muat sangat lah untuk kitorang 3 beranak yang badan sihat-sihat ni. Dont worry..


 View pool time malam. Mr daddy plan nak terjun time malam. sekali tutup pulak... Kuikui. kesian dia... Malam memang kitorang tak ke mana. Just lepak kat bilik. makan pun kat dalam cafe situ je. Oh ramai yang tanya rate harga tu termasuk makan atau sarapan ke? kJawapan nya tak. tapi bagi aku berbaloi. makn pun tak mahal macam taraf hotel.

Interior cafe ni memang best. Ala-ala korean pun ada. Berangan!! Kitorang pilih sudut ni. 

Yeahhh. the big eater of mine. Lapar sangat dah dia. Petang hari sibuk nak mandi kolam. Berendam sejam lebih dah kecut-kecut kulitnya. Spageti carbonara ni sedap jugak. Rm8.90.


Chicken chop pun sedap. RM12.90. Ok kan??
 Aku kalo part nak bercuti nak berjalan perkara pertama mesti aku cari part makan. Mula tu ajak Mr Daddy ke Aroma Ikan Bakar. Mr Daddy cakap ni cuti-cuti relax-relax. So taknak bersesak-sesak. So tak jadilah ke sana. Bangun pagi Daddy belikan roti canai dan nasi lemak kat kedai makan depan sikit dari kawasan The Kabin. Kopi dan teh uncang, gula dan krimer disediakan. Kettle pun ada. Jimat sangat kan?? kehkeh.... 

Budak ni petang dah berendam dalam air. Bangun pagi pun merengek cari daddy yang tengah cari sarapan. Nangis-nangis nak mandi kolam. Aku mintak sabar tunggu daddy balik je. Daddy makan laju-laju sebab nak bawak dia main air. Sejam lebih berendam. Mummy buat apa? Baring atas katil. Surf tenet. Layan kartun. Kahkah... Relax sangat. 

Jam 11 pagi bersiap-siap nak check-out. Check out jam 12 tengahari. 

Aku recommend sangat The Kabin nih. Mana-mana yang nak release tension. Nak bercuti sunyi-sunyi nak relaks-relaks sesuai sangatlah. Ada perkhidmatan sewa basikal jugak. tak snap gambo sebab tak kayuh. Staff pun friendly. Pergi wekdays pun syok. tak ramai orang. Kalo yang datang ramai-ramai nak buat BBQ pun ada disediakan. 

 Tu jelah nak cite. Mangat-mangat nak simpan duit untuk next vacation ni.. Bertabah hati...

2 comments:

LYAfrina said...

bestnya.. asalkan ank happy kan

joeayu said...

Betul tu.... kebahagiaan anak kebahagiaan kita jugak..